TAKAFUL IKHLAS SALUR BANTUAN RAMADAN KEPADA ASNAF DI NEGERI KELANTAN

Heading

Heading

30 Mar 2022

Kuala Lumpur, 30 Mac 2022 – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad dengan kerjasama Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan baru-baru ini telah melaksanakan program penyerahan bantuan Ramadan kepada asnaf terpilih di negeri Kelantan.

Melalui program ini, Takaful IKHLAS telah membuat sumbangan berjumlah RM40,000 daripada zakat wakalah syarikat untuk diedarkan kepada 150 keluarga miskin di 10 kawasan jajahan di negeri Kelantan bagi membantu mereka membuat persediaan menjalani ibadah puasa. Sumbangan ini merangkumi barang keperluan asas bernilai RM100.00 dan sumbangan wang tunai sebanyak RM200.00 seorang. Kriteria penerima adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Penyerahan replika cek sumbangan disampaikan oleh Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad kepada YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan.

“Kami di Takaful IKHLAS sentiasa prihatin dan empati pada golongan yang kurang berkemampuan. Kami berharap semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dan menerbitkan senyuman di wajah mereka,” kata Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

Program penyerahan bantuan Ramadan ini merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah IKHLAS Barakah House iaitu inisiatif pengumpulan dana patuh syariah yang bertujuan untuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi penglibatan masyarakat dengan lima (5) fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan juga alam sekitar.

“Dalam usaha membantu para asnaf membuat persediaan menjalani ibadah puasa, Takaful IKHLAS menyediakan barang keperluan berbeza bagi setiap jajahan. Pembelian barangan dibuat selepas penyelarasan daripada pihak Puspanita Kelantan agar barang yang dibeli bukan barangan yang sama atas arahan pegawai tadbir daerah (district officer). Ini bagi memastikan barang yang dibeli menepati keperluan penerima dan sesuai dengan mereka sekali gus sebagai langkah mengelakkan pembaziran,” jelas Dato’ Rudy.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading