TAKAFUL IKHLAS LANCAR KEMPEN "NAK EMAS?"

Heading

Heading

25 Oct 2021

Kuala Lumpur, 25 Oktober 2021 – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, melancarkan kempen ‘Nak Emas?’ yang menawarkan hadiah emas untuk peserta individu yang menyertai produk takaful am terpilih sepanjang 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Kempen yang pertama kali diadakan ini memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah emas apabila mereka menyertai pelan perlindungan takaful am daripada Takaful IKHLAS iaitu perlindungan takaful motor, takaful perlindungan kediaman, takaful kemalangan peribadi dan takaful kembara.

“Kempen yang bermula dari 1 September 2021 hingga 31 Disember 2021 menawarkan hadiah emas 10 gram untuk 12 pemenang tempat pertama, 5 gram emas untuk 20 pemenang tempat kedua dan 1 gram emas untuk 300 pemenang tempat ketiga. Hadiah yang ditawarkan ini merupakan akaun emas dan para pemenang akan dipilih melalui cabutan rezeki emas secara bulanan,” kata Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

“Di Takaful IKHLAS, kami bukan sahaja menekankan nilai murni membantu peserta di saat mereka ditimpa musibah, malah inisiatif ini juga dilaksanakan bagi membantu peserta untuk melabur dan menyimpan emas bagi keperluan masa depan. Kami berharap orang ramai akan merebut peluang ini, kerana lebih banyak penyertaan, lebih besar peluang untuk mereka memenangi hadiah emas yang ditawarkan," jelas Eddy Azly.

Kempen ‘Nak Emas?’ ini adalah sebahagian daripada usaha Takaful IKHLAS untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat mengambil perlindungan patuh syariah untuk melindungi diri mereka, harta benda dan keluarga tersayang.

Kempen ini turut menawarkan manfaat percuma kepada peserta iaitu IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) berjumlah RM1,000 atas nama peserta yang akan disalurkan kepada institusi diiktiraf yang dipilih oleh Takaful IKHLAS.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman sesawang rasmi Takaful IKHLAS di www.takaful-ikhlas.com.my dan ejen berdaftar serta cawangan-cawangan Takaful IKHLAS yang berdekatan.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading