TAKAFUL IKHLAS LANCAR KEMPEN KEPRIHATINAN MASYARAKAT #IKHLASKONGSI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Heading

Heading

22 Sep 2021

Kuala Lumpur, 22 September 2021 – Takaful IKHLAS (Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad), anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), hari ini telah melancarkan kempen keprihatinan masyarakat terbaharu iaitu #IKHLASKongsi. Bersempena dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, kempen #IKHLASKongsi diilhamkan atas rasa prihatin untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi dan sosial akibat penularan wabak COVID-19.

“Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu “Malaysia Prihatin” merupakan inspirasi Takaful IKHLAS dalam menjayakan kempen #IKHLASKongsi. Kami di Takaful IKHLAS komited untuk turut bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik”, kata Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

Bagi menjayakan kempen #IKHLASKongsi, Takaful IKHLAS akan memanfaatkan dana patuh syariah yang ditubuhkan oleh Takaful IKHLAS iaitu IKHLAS Barakah House, yang bertujuanuntuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, komuniti, ekonomi, dan juga alam sekitar.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dirancang dibawah kempen #IKHLASKongsi ini. Sebagai permulaan, Takaful IKHLAS telah bekerjasama dengan enam (6) buah masjid dan surau di sekitar Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bagi mengagihkan sumbangan wang tunai dan bekalan asas makanan berjumlah RM50,000.00 kepada 200 keluarga yang kurang bernasib baik dan terkesan akibat pandemik COVID-19. Antara masjid dan surau yang terlibat adalah Masjid Tunku Puan Chik, Kampung Serting Ilir (Negeri Sembilan), Masjid An Niamah Mukim Derang, Pokok Sena (Kedah), Masjid Kampung Sembulan Lama (Sabah), Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam (Kuala Lumpur), Surau Darul Muhasibin dan Surau Darul Ibadat Kampung Astana Lot, Petrajaya Kuching (Sarawak).

“Selain daripada membantu meringankan beban para penerima, kami berharap agar sumbangan yang diberikan melalui kempen #IKHLASKongsi ini dapat memberikan keceriaan, memupuk nilai prihatin serta kasih sayang di kalangan komuniti sekitar masjid dan surau yang terpilih”, tambah Eddy Azly Abidin.

Selain daripada itu, melalui kempen #IKHLASKongsi juga, Takaful IKHLAS telah memilih Hospital Ampang sebagai penerima dana IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) untuk tahun 2021.

“Sumbangan kepada Hospital Ampang adalah hasil daripada dana inisiatif kemasyarakatan IWE, dimana Takaful IKHLAS memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf dan dipilih oleh pihak syarikat”, tambah Eddy Azly Abidin lagi.

Untuk inisiatif ini, Takaful IKHLAS telah memperuntukkan hampir RM26,000.00 daripada dana IWE untuk mewakafkan sebuah mesin elektrokardiogram (Mesin ECG 12 Saluran), 40 tilam dan 110 bantal untuk kegunaan pesakit-pesakit di Hospital Ampang yang bertempat di Pandan Mewah, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada kempen #IKHLASKongsi boleh turut serta dengan penyertaan melalui manfaat tambahan pelan takaful keluarga iaitu IKHLAS Rider dan juga melalui pelan perlindungan takaful am yang menyediakan manfaat IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) secara percuma kepada peserta.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading