TAKAFUL IKHLAS BANTU KOMUNITI MELALUI PROGRAM “BELANJA RAMADAN DAN SYAWAL”

Heading

Heading

5 Jun 2020

Kuala Lumpur, 22 Mei 2020 – Takaful IKHLAS telah memperuntukkan dana berjumlah RM140,000.00 di bawah program ‘Belanja Ramadan dan Syawal’. Jumlah ini merupakan sumbangan amal bagi pihak peserta Takaful Ikhlas General Berhad yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB). Sumbangan ini disalurkan kepada 14 buah masjid terpilih setiap negeri di Malaysia yang mempunyai pejabat cawangan Takaful IKHLAS dan juga negeri yang tidak mempunyai pejabat cawangan Takaful IKHLAS seperti Perlis dan Pulau Pinang. Setiap masjid menerima sumbangan dana berjumlah RM 10,000.

Sumbangan yang disalurkan kepada setiap masjid ini kemudiannya akan diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan masjid tersebut. “Walaupun kita sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19, kami di Takaful IKHLAS tetap meneruskan usaha untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bulan Ramadan ini. Sumbangan ini diberi bagi membantu perbelanjaan harian dan persiapan menyambut kedatangan Syawal,” kata Eddy Azly Abidin, Presiden & Ketua Pegawai Takaful Ikhlas General Berhad.

“Saya berharap sumbangan ikhlas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Ini selaras dengan matlamat kami, IKHLAS Bersama Anda, di mana program seperti ini merupakan salah satu cara untuk kami bagi pihak para peserta Takaful IKHLAS menyumbang kembali kepada masyarakat dan secara tidak langsung mengeratkan silaturahim Takaful IKHLAS dengan komuniti setempat”, tambah Eddy Azly.

Penyerahan sumbangan untuk Masjid Ikhlasiah, Kg Kerinchi, Pantai Dalam telah disempurnakan oleh Eddy Azly Abidin kepada Wan Mohd Rahim Bin Yusoff, Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Pentadbir Masjid Al Ikhlasiah pada 19 Mei 2020 bertempat di Ibu Pejabat Takaful IKHLAS, Bangsar South Kuala Lumpur. Sumbangan untuk masjid-masjid yang lain telah dilakukan secara berperingkat.

Takaful IKHLAS juga telah memperuntukkan dana tambahan untuk aktiviti-aktiviti Ramadan yang lain seperti sumbangan jaudah berbuka puasa kepada 100 keluarga ASNAF dengan 2 menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan Food Panda serta sumbangan jaudah berbuka puasa kepada pesakit dialisis dan pegawai yang bertugas di bawah Perbadanan Islam Johor.

Selain daripada itu, Takaful IKHLAS juga telah mengambil beberapa insiatif untuk menangani impak pandemik COVID-19 kepada komuniti sekeliling. Ini termasuklah tajaan makanan kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Kolej Universiti Malaysia dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan yang terkandas semasa Perintah Kawalan Pergerakkan, sumbangan pancuran mandian mudah alih kepada barisan hadapan Kilinik Kesihatan Kuala Lumpur serta pemberian bantuan kewangan kepada golongan B40, penjaja, peniaga kecil, pekerja gaji harian dan individu yang pendapatannya terjejas teruk oleh wabak COVID-19.

Heading

Heading