Tiga juara penyertaan pertama

Heading

Heading

24 Apr 2018

Harian Metro Batu Pahat: Tiga sahabat dari Maahad Pontian muncul juara dalam Program Cendekiawan Muda Takaful Ikhlas pada Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 (MSAM 2018) di Stadium Batu Pahat di sini, kelmarin.

Selaku juara, wakil Maahad Pontian itu meraih unit saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM3,000 dan wang tunai sebanyak RM3,000 untuk pihak sekolah.

Tempat kedua diungguli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kerajaan Johor yang membawa pulang unit saham ASB RM2,000 dan wang tunai RM2,000 untuk pihak sekolah.

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing pula mendapat tempat ketiga, sekali gus membawa pulang unit saham ASB bernilai RM1,200 dan RM1,000 bagi pihak sekolah.

Pelajar Maahad Pontian, Muhammad Hariz Hasmadi, 18, bersama Fathul Fansuri Mohd Esa dan Amirul Aiman Mohd Raizan masing-masing berusia 16 tahun tidak menyangka percubaan pertama mereka menyertai pertandingan pengucapan awam berkonsep dakwah itu membuahkan hasil.

Muhammad Hariz selaku ketua kumpulan berkata, mereka hanya sempat berlatih tiga jam pada hari pertandingan selepas diumumkan layak ke peringkat akhir, kelmarin.

“Kami memilih syarahan dengan tema ‘Jangan Kecew a’ selepas disaran guru sebaik saja terpilih ke peringkat akhir dan hanya sempat berlatih tiga jam sebelum pusingan akhir berlangs u ng.

“Alhamdulillah kejayaan ini membakar semangat kami untuk aktif dalam bidang syarahan agama dan mungkin menyertai program pendakwah muda TV3, D a’i pada masa depan,” katanya.

Hadiah kepada semua pemenang itu disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd, Datuk Ab Latiff Abu Bakar.

Sementara itu, Ab Latiff berkata, program yang diadakan sejak 2014 itu bertujuan mencungkil bakat pengucapan awam pelajar selain memupuk kebolehan mereka berdakwah dengan cara lebih aktif.

Heading

Heading