Takaful Ikhlas sertai 'Race For Cover' promosi IKHLASIink Secure Takaful

Heading

Heading

14 Dec 2018

Utusan Borneo Sarawak

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Family Berhad meny- 2rtai 'Race for Cover Towards Takaful 2020'(RFCTT 2020) anjuran Persatuan Takaful Malaysia bagi mempromosikan IKHLASIink Secure Takaful.

Persatuan Takaful Malaysia dalam kenyataan berkata, penyertaan Takaful Ikhlas yang merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan takaful keluarga kepada masyarakat Malaysia.

Semasa program tersebut yang diadakan mulai Julai 2018 sehingga Disember 2020, Takaful Ikhlas menumpukan pengenalan kepada produk IKHLASIink Secure Takaful, iaitu pelan perlindungan menyeluruh yang boleh disesuaikan bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup setiap pelanggan.

Perlindungan ini adalah penyelesaian yang bersesuaian untuk mereka yang masih mencari pelan perlindungan, pelan pintar yang mampu membantu pelanggan memaksimumkan pulangan wang.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family, Mohd Din Merican berkata, "IKHLASIink Secure Takaful ialah pelan takaful komprehensif yang berkaitan dengan pelaburan di mana sumbangan takaful adalah berkala dengan menggabungkan yang terbaik dari keduaduanya iaitu perlindungan dan pelaburan."

"Pelan ini juga menawarkan pakej holistik dengan rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan.

"Pelanggan boleh menyertai pelan perlindungan ini dengan sumbangan takaful bulanan serendah RM80 sebulan bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh," tambah beliau.

Perlindungan IKHLASIink Secure Takaful ini juga merangkumi perlindungan kematian dan ilat kekal serta menyeluruh bagi memastikan pelanggan sentiasa dilindungi setiap masa.

Perlindungan ini juga menyediakan rangkaian manfaat pilihan yang komprehensif seperti penyakit kritikal, kemalangan, bil hospital dan pembedahan serta pengecualian sumbangan takaful bagi memastikan kesinambungan perlindungan pelanggan.

Melalui perlindungan ini pelanggan boleh melabur dalam portfolio pelaburan untuk mendapat pulangan yang tinggi. — Bernama

Heading

Heading