Takaful Ikhlas General Berhad memperkenalkan pelan takaful dalam talian IKHLAS Home Protect Takaful

Heading

Heading

22 Nov 2020

TAKAFUL IKHLAS PERKENAL PELAN PERLINDUNGAN DALAM TALIAN Takaful Ikhlas General Bhd memperkenalkan pelan takaful dalam talian IKHLAS Home Protect Takaful (IKHLAS Home Protect) bersempena Minggu Saham Digital (MSD) 2020. IKHLAS Home Protect adalah pelan perlindungan komprehensif dan ideal yang memberikan perlindungan lengkap untuk kediaman serta isi rumah daripada kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, petir, kebakaran bawah tanah, letupan dan limpahan tangki air. Selain itu, IKHLAS Home Protect juga memberi perlindungan daripada kerugian atau kerosakan akibat banjir terhadap kediaman dan isi rumah peserta, demikian menurut Takaful Ikhlas, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd dalam kenyataan hari ini.

https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1904042

BERNAMA FACEBOOK

Heading

Heading