Takaful IKHLAS Family umum tukar lesen takaful komposit kepada 2 entiti

Heading

Heading

3 Dec 2018

Harian Metro

Takaful Ikhlas Bhd yang kini dikenali dengan nama baru, Takaful Ikhlas Family Bhd (Takaful IKHLAS Family) mengumumkan penukaran lesen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan perniagaan takaful am secara berasingan. Penukaran itu selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013 (IFSA).

Penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berlandaskan prinsip syariah itu menyatakan perniagaan takaful amnya akan diuruskan Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS General).

“Langkah ini dirangka untuk membawa pendekatan lebih focus dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Struktur baharu ini juga mencerminkan komitmen Takaful IKHLAS dalam memastikan pengurusan modal dan sumber cekap untuk mewujudkan pertumbuhan berterusan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Heading

Heading