Takaful Ikhlas Family sertai RFCTT 2020

Heading

Heading

14 Dec 2018

Harian Metro

Takaful Ikhlas Family Berhad menyertai Race for Cover Towards Takaful 2020 (RFCTT 2020) anjuran Persatuan Takaful Malaysia bagi mempromosikan IKHLASlink Secure Takaful.

Persatuan Takaful Malaysia dalam kenyataan berkata, penyertaan Takaful Ikhlas yang juga anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan perlindungan takaful keluarga kepada masyarakat Malaysia.

Pada program yang diadakan mulai Julai 2018 sehingga Disember 2020, Takaful Ikhlas menumpukan pengenalan kepada produk IKHLASlink Secure Takaful, iaitu pelan perlindungan menyeluruh yang boleh disesuaikan bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup setiap pelanggan.

Perlindungan ini adalah penyelesaian yang bersesuaian untuk mereka yang masih mencari pelan perlindungan atau pelan pintar yang mampu membantu pelanggan memaksimumkan pulangan wang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family, Mohd Din Merican berkata, IKHLASlink Secure Takaful adalah pelan takaful komprehensif yang berkaitan dengan pelaburan di mana sumbangan takaful adalah berkala dengan menggabungkan yang terbaik dari kedua-duanya iaitu perlindungan dan pelaburan.

“Pelan ini juga menawarkan pakej holistik dengan rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan.

“Pelanggan boleh menyertai pelan perlindungan ini dengan sumbangan takaful bulanan serendah RM80 sebulan bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh, ” katanya.

Perlindungan IKHLASlink Secure Takaful ini juga merangkumi perlindungan kematian dan ilat kekal serta menyeluruh bagi memastikan pelanggan sentiasa dilindungi setiap masa.

Heading

Heading