Takaful Ikhlas dibahagi dua entiti bagi keluarga, am

Heading

Heading

3 Dec 2018

Kosmo

KUALA LUMPUR – Takaful Ikhlas Bhd. menukar lessen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan perniagaan takaful am secara berasingan.

Takaful Ikhlas Bhd., kini dikenali dengan nama baharu, Takaful Ikhlas Family Bhd. (Takaful Ikhlas Family) yang menguruskan perniagaan takaful keluarga manakala perniagaan takaful amnya diuruskan entiti baharu,Takaful Ikhlas General Bhd. (Takaful Ikhlas General).

Takaful Ikhlas dalam siaran akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini menjelaskan, langkah tersebut selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

"Langkah ini dirangka untuk membawa pendekatan yang lebih fokus dan terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

"Struktur baharu ini juga mencerminkan komitmen Takaful Ikhlas terhadap perniagaannya dalam memastikan pengurusan modal dan sumber yang cekap untuk mewujudkan peluang pertumbuhan berterusan," katanya.

Mohd. Din Merican diumumkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family manakala Eddy Azly Abidin pula dilantik sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General.

Mohd. Din menjelaskan, meskipun kini beroperasi sebagai dua entiti berasingan, pihaknya akan terus membawa jenama Takaful Ikhlas dan komited memberikan perkhidmatan terbaik serta jnemacunilai jangka panjang buat pemegang saham.

"Semua terma dan syarat sijil takaful sedia ada yang dikeluarkan Takaful Ikhlas dikekalkan.

"Kesemua butiran perhubungan serta pejabat cawangan kami turut dikekalkan bagi memudahkan urusan pelanggan," katanya.

Heading

Heading