24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Presiden CEO Takaful IKHLAS raih anugerah

20 Sep 2017

 

Berita Harian

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takaful Ikhlas Bhd (Takaful IKHLAS), Datuk Ab Latiff Abu Bakar memenangi Anugerah CEO Terbaik 2017 untuk industri takaful pada Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA 2017) di Astana, Khazakstan.

 

Ab Latiff berkata, anugerah daripada GIFA itu adalah satu penghormatan yang berharga buat dirinya.

 

"Ia satu pengiktirafan kepada usaha, komitmen, misi dan visi Takaful IKHLAS dalam usahanya untuk menjadi penyedia takaful pilihan yang sempurna dengan menyediakan penyelesaian kewangan Islam yang bernilai dan berintegriti kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.

 

GIFA kali ketujuh itu sejak 2011 dianjurkan oleh EdBiz Consulting bertujuan meraikan pencapaian individu, institusi juga kerajaan dalam mempromosi dan menyokong perbankan serta kewangan Islam.

 

Pada majlis itu, lebih 50 individu dan institusi dari pelbagai negara menerima anugerah dalam pelbagai kategori.

 

Majlis turut dihadiri oleh Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

 

Ab Latiff mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri insurans dan takaful.