MyRumah siri ke-3

Heading

Heading

27 Jul 2018

Harian Metro

Buat kali ketiga berturut-turut, siri Pameran Hartanah MyRumah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) kembali ke Johor Bahru.

Pameran siri ketiga itu bakal menemui orang ramai di bandar raya itu mulai 3 hingga 5 Ogos depan di lokasi sama seperti tahun sebelumnya iaitu pusat beli-belah, Komtar JBCC.

Pengurus Besar Pengiklanan Roche Chew berkata, tujuh pemaju dan empat syarikat bukan pemaju akan menyertai MyRumah Johor Bahru 2018 dengan lebih 500 unit kediaman ditawarkan untuk dijual.

Katanya, tujuh pemaju yang mengambil bahagian ialah Pulai Springs Resort Berhad, Bukit Pelali, Eco Tropics Sdn Bhd, Uda Land, Johor Land Berhad, Grand View Reality SB (Huayang) dan Sunway Iskandar Sdn Bhd.

“Empat lagi pempamer bukan pemaju yang terbabit dengan MyRumah Johor Bahru ialah Amanah Raya Berhad, Bank Muamalat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Takaful Ikhlas Berhad.

“Bagi MyRumah Johor Bahru, kami sasarkan jumlah pengunjung sama seperti tahun lalu iaitu seramai 10,000 atau lebih kali ini sepanjang tiga hari pameran di Komtar JBCC.

“Pameran hartanah My- Rumah juga akan menyediakan khidmat perundingan hartanah dengan mensasarkan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus sederhana (M40) selain mereka yang baru berkeluarga, ” katanya.

Beliau berkata demikianketika ditemui selepas taklimatmedia bersama semuapemaju yang turut serta pada pameran hartanah MyRumahJohor Bahru 2018 di bilikmesyuarat Komtar JBCC di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua PengiklananWilayah NSTP, S Linggaraj. Dalam perkembangan lain, Chew berkata, Johor menjadi lokasi ketiga penganjuran siri ketiga pameran hartanah MyRumah selepas Shah Alam dan Sungai Petani, Kedah sebelum diteruskan ke lokasi keempat di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka.

“Kita merancang untuk menambah satu lagi lokasi pameran hartanah MyRumah mselepas Melaka, bagaimanapun kita belum boleh mengumumkan lokasinya dan selepas semuanya muktamad, kita akan umumkan,”katanya.

Heading

Heading