Maklumat Umum

i-BR1M Takaful adalah satu Pelan Takaful yang menyediakan perlindungan Takaful untuk setahun bermula dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Pelan takaful ini memberi manfaat-manfaat kepada penerima BR1M 3.0 yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Sumbangan i-BR1M Takaful ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai pemilik pelan. Tiada kos dikenakan kepada anda.
i-BR1M Takaful bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan penerima BR1M 3.0 dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
i-BR1M Takaful diberikan kepada penerima isi rumah BR1M 3.0 2014 yang mempunyai tanggungan(-tanggungan) pada 1 Januari, 2014
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan i-BR1M di 03-2716 2716 (9.00pagi-6.00ptg, - Isnin-Jumaat), emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my
Manfaat Perlindungan Jumlah Dibayar Keadaan di mana manfaat-manfaat yang tidak dibayar
Kematian Bukan Akibat Kemalangan RM1,000 Manfaat tidak akan dibayar jika kematian/ kemalangan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan yang berikut:
  • membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau
  • di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau
  • hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau
  • keadaan sedia wujud.
Kematian Bukan Akibat Kemalangan RM30,000
Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan * RM30,000
Pengendali Takaful Laman Sesawang
AmFamily Takaful Berhad www.amtakaful.com.my
Etiqa Takaful Berhad www.etiqa.com.my
Great Eastern Takaful Bhd www.i-great.com
Hong Leong MSIG Takaful Berhad www.hlmsigtakaful.com.my
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd www.takaful.hsbcamanah.com.my
MAA Takaful Berhad www.maatakaful.com.my
Prudential BSN Takaful Berhad www.prubsn.com.my
Sun Life Malaysia Takaful Berhad www.sunlifemalaysia.com
Syarikat Takaful Malaysia Berhad www.takaful-malaysia.com
Takaful Ikhlas Sdn Bhd www.takaful-ikhlas.com.my
Talian hotline BR1M 2014 adalah 1-800-88-2716.

Produk

Ya, manfaat akan dibayar walaupun peserta mempunyai pelan Insurans atau Takaful lain.
Terma-terma dan syarat-syarat terperinci pelan yang dinyatakan dalam Sijil Induk yang boleh didapati di https://ebr1m.hasil.gov.my/
Sesuatu yang tidak disengajakan, tidak dijangka, diluar kebiasaan, dan keadaan tertentu melalui luaran, dan dapat dilihat yang berlaku pada tarikh yang dikenal pasti, masa dan tempat, secara langsung dan bebas daripada apa-apa sebab lain, menjadi punca kecederaan tubuh badan.

Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud:

  • kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata; atau
  • kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
  • kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali.
Keadaan sedia wujud yang membawa maksud sebarang keadaan atau tanda-tanda telah wujud sebelum Tarikh Mula Skim Takaful iaitu sebelum 1 Januari 2014.
Pihak yang layak menuntut adalah orang yang telah disenaraikan sebagai suami/isteri atau tanggungan sebagaimana telah dinyatakan di dalam borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2014
Tanggungan anda akan menerima manfaat i-BR1M Takaful setelah diluluskan oleh Pengendali Takaful dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap yang diperlukan dikemukakan di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan Pengendali Takaful.
Tiada had umur asalkan mereka merupakan penerima BR1M 3.0 kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan.
Sumbangan i-BR1M Takaful ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia sebagai pemilik pelan. Tiada kos dikenakan kepada anda.

Tuntutan

i-BR1M Takaful diuruskan oleh konsortium Pengendali-pengendali Takaful. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M Takaful, sila hubungi kami di butiran yang berikut:

Tel: 03-2716 2716

Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Sekiranya anda ingin membuat tuntutan, sila layari laman web di bawah untuk memuat turun borang tuntutan i-BR1M Takaful.

  1. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian. Sila rujuk Soalan Lazim untuk senarai penuh laman web.
  2. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my/
  3. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di https://ebr1m.hasil.gov.my
Segala pertanyaan berhubung tuntutan i-BR1M hendaklah dirujuk kepada talian 03-2716 2716 atau e-mel terus kepada i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

Sekiranya tidak berpuas hati tentang keputusan dan pembayaran tuntutan i-BR1M Takaful, hendaklah dirujuk kepada talian 03-2716 2716 atau pun e-mel terus kepada i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Waris hendaklah mengisi alamat terkini didalam borang tuntutan i-BR1M Takaful semasa membuat tuntutan.
Kemukakan borang tuntutan tersebut bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di dalam borang tuntutan i-BR1M Takaful dan boleh dihantar ke mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan Pengendali Takaful.
Dokumen tuntutan boleh diserahkan di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan Pengendali Takaful.

Sebab-sebab tuntutan ditolak:

Kami tidak akan membayar manfaat jika ia disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya oleh mana-mana keadaan yang berikut:

  • membunuh diri, cubaan membunuh diri atau mengakibatkan kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman; atau
  • di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau penyalahgunaan dadah selain daripada yang ditetapkan secara sah oleh Pengamal Perubatan; atau
  • hilang upaya bermula atau wujud sebelum 1 Januari 2014; atau
  • Keadaan sedia wujud
Tidak. Semua dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan hendaklah dikemukakan bersama borang tuntutan i-BR1M melalui mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan Pengendali Takaful.

Kategori status tuntutan (bergantung kepada maklumat di dalam sistem) :

  • sedang dalam proses kelulusan
  • sedang dalam proses pembayaran
  • pembayaran telah dibuat
  • tuntutan ditolak
  • masih menunggu dokumen tambahan

Bayaran dibuat melalui 2 cara:

  1. Kredit ke dalam akaun bank penerima BR1M 3.0/pewaris
  2. Cek di atas nama penerima BR1M 3.0/pewaris.
Tuntutan yang dibayar secara kredit ke akaun bank akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) manakala tuntutan yang dibayar melalui cek akan dimaklumkan melalui 'letter/voucher' yang dipos bersama dengan cek oleh bank pembayar.