24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Konsep & Manfaat Takaful

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun. Pada asasnya, system Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dalam kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya. Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah S.A.W yang antaranya: -

1. Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah: 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

2. Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesame mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

3. Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai keadah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

4. Memahami Kontrak Takaful
Meskipun konsep insurans dibenarkan dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konventional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) and Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur RIba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

 

Manfaat Takaful

Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua “manfaat” daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawabn yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan social melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.