Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy
Home | Contact Us | Search | Sitemap | Links
Keyword :
 
 
You are here: Home > Media Center > Press Releases
Takaful IKHLAS Kongsi Kemeriahan Persiapan Syawal Bersama 35 Orang Anak-Anak Asnaf
11 Aug 2012

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2012 – 35 orang kanak-kanak asnaf daerah Selangor menerima sumbangan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yang berupa persiapan menyambut Syawal dengan membeli belah di AEON Bukit Tinggi, Klang. Program ini memberi peluang kepada golongan yang kurang bernasib baik menikmati suasana membeli baju raya di Pusat Membeli-belah seperti kanak-kanak yang lain.


 


Naib Presiden Eksekutif, Operasi Perniagaan, Takaful IKHLAS, Haji Wan Mohd Fadzlullah Wan Abdullah berkata, “Kami telah menyediakan kos perbelanjaan membeli-belah sebanyak RM250.00 bagi setiap seorang anak-anak fakir miskin ini demi memenuhi keperluan dan impian mereka untuk memiliki beberapa helai pakaian dan kasut baru. Kami mengharapkan dengan program ini, anak-anak fakir miskin ini dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna dan penuh keberkatan. Selain itu, pihak syarikat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Lembaga Zakat Selangor kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk menjayakan Program Jom Beli Baju Raya dan berbuka puasa pada bulan Ramadan kali ini”.


 


Takaful IKHLAS juga turut memberi sumbangan duit raya sebanyak RM100.00 kepada setiap anak-anak fakir miskin ini. Sepanjang program Jom Beli Baju Raya berlangsung, warga Takaful IKHLAS yang terlibat telah diberi tanggungjawab untuk menemani serta membantu anak-anak ini dalam membuat pilihan untuk membeli pakaian , menjaga serta menjamu anak-anak ini berbuka puasa semasa Majlis Iftar di Hotel Premiere, Klang. Takaful IKHLAS juga bercadang untuk memperluaskan Program Jom Beli Baju Raya ini di seluruh negara dengan memilih lebih ramai anak-anak yang kurang bernasib baik dari golongan yatim dan fakir miskin.


Haji Wan Mohd Fadzlullah turut melahirkan rasa syukur dan gembira kerana pada tahun ini, program Jom Beli Baju Raya dan majlis iftar atau majlis berbuka puasa di Hotel masih dapat diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini dan anak-anak yang kurang bernasib baik ini dapat merasai dan menikmati kemeriahan persiapan menyambut Syawal seperti kanak-kanak yang lain.


 


Syukur kepada Tuhan kerana pada tahun ini, Takaful IKHLAS sekali lagi berjaya menganjurkan Program Jom Beli Baju Raya dan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim dan fakir miskin. Program tanggungjawab sosial ini sememangnya sudah menjadi satu program wajib yang harus dilaksanakan oleh Takaful IKHLAS pada setiap bulan Ramadhan kerana kami ingin berkongsi kejayaan syarikat kami dengan golongan yang memerlukan. Keceriaan yang terpancar dari keterujaan anak-anak ini semasa membeli-belah cukup mengembirakan kami warga Takaful IKHLAS”, kata Haji Wan Mohd Fadzlullah.


 


Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 adalah merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana  pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah  Saham Bumiputera.


 


Takaful IKHLAS yang mempunyai pusat perkhidmatan pelanggannya di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.


 

Latest Press Release
  1. Takaful IKHLAS Agency Workforce Facilitate Customers' Business Transactions With Plug n Pay by CIMB
  1. TAKAFUL IKHLAS HAS NO CONNECTION WHATSOEVER WITH GLOBODYNE GOLD SOLUTION
  1. Takaful IKHLAS named Best Takaful House by Euromoney
  1. Re-opening of Pahang Regional Office
  1. Temporary Closure of Pahang Regional Office

More | Archives

     

Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy

PIDM Member

Copyright © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terms and Conditions of Use | Disclaimer | Privacy Policy | Client Charter WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
A wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Berhad.

Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy