Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy
Home | Contact Us | Search | Sitemap | Links
Keyword :
 
 
You are here: Home > Media Center > News
MSAM 2012 Catat Sejarah Tarik 268,787 Pengunjung
Utusan Malaysia, 29 Apr 2012

PARA petugas sibuk melayan orang ramai yang mahu melabur pada hari terakhir Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, semalam. - MINGGUAN/ABDUL RAZAK LATIF

KOTA KINABALU 28 April - Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012 yang berlangsung di Sabah merekodkan pencapaian terbaik dalam sejarahnya apabila mencatatkan sejumlah 268,787 orang pengunjung sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pencapaian itu mengatasi rekod penganjuran MSAM di Kuala Terengganu seramai 255,000 orang pengunjung.

''Jumlah yang direkodkan di Sabah mengatasi sasaran awal PNB iaitu 200,000 orang pengunjung.

''Dengan rekod itu, MSAM yang dilancarkan pada 2000 telah berjaya mengumpul sejumlah 2.355 juta orang pengunjung," katanya ketika berucap di majlis penutup MSAM 2012 di sini hari ini.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya, Ahmad Sarji berkata, PNB kini memegang ekuiti dalam syarikat-syarikat besar seperti Malayan Banking Bhd. sebuah kumpulan perkhidmatan perbankan terbesar di Malaysia dengan mempunyai rangkaian yang luas di Asia Tenggara dengan penguasaan sebanyak 55.39 peratus.

PNB juga menguasai Sime Darby Bhd. sebanyak 51.3 peratus, sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam sektor perladangan, hartanah, permotoran, peralatan industri serta tenaga dan utiliti di lebih 20 buah negara.

Ia juga memegang sebanyak 55.12 peratus dalam UMW Holdings Bhd., syarikat multinasional yang terlibat dalam sektor automotif, peralatan dan pengeluaran serta kejuruteraan minyak dan gas di lebih 10 buah negara.

Firma pelaburan itu mempunyai pegangan sebanyak 70.41 peratus dalam Chemical Company of Malaysia, sebuah farmaseutikal, pengeluaran bahan kimia, dan baja.

''PNB juga memiliki kepentingan 100 peratus dalam MIDF, Northport dan Prolintas," katanya.

Tambah beliau, dari segi kewangan Islam, melalui pegangan ekuiti PNB dalam Maybank dan MNRB Holdings Bhd. menerusi Etiqa Takaful dan Takaful Ikhlas, ia telah menguasai sebanyak RM2.51 bilion atau 51.5 peratus daripada nilai sumbangan bersih perkhidmatan takaful negara.

Maybank Islamic pula katanya, menguasai RM45.8 bilion atau 23.3 peratus daripada nilai pembiayaan perbankan Islam di Malaysia.

Latest News
  1. Takaful upbeat on more than RM747m contribution
  1. Takaful IKHLAS sasar 2 juta pemegang sijil
  1. Sasar 2 juta pemegang polisi
  1. Takaful IKHLAS sasar 2 juta pemegang polisi
  1. Notice of New Motor Cover Framework - Gradual Contribution Adjustment

More | Archives

     

Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy

PIDM Member

Copyright © 2014 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terms and Conditions of Use | Disclaimer | Privacy Policy | Client Charter WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
A wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Berhad.

Takaful Solution Provider in Malaysia - auto insurance, auto takaful, car insurance, education plan, fire insurance, health insurance, home insurance, home takaful, hospitalization benefit, insurance, medical protection, motor, motor insurance, motor takaful, mrta, mrtt, personal accident, takaful, takaful provider, travel insurance, motor policy