184 MURID SEKOLAH KEBANGSAAN JELOTONG TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN TAKAFUL IKHLAS SEMPENA MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA 2018

Heading

Heading

23 Apr 2018

Batu Pahat, 23 April 2018 – Seramai 184 murid Tahun Satu sehingga Tahun Enam Sekolah Rendah Kebangsaan Jelotong menerima sumbangan kelengkapan persekolahan daripada Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik  penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) melalui program IKHLAS Untuk Komuniti, bersempena dengan Minggu Saham Amanah Malaysia 2018.

Sumbangan bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad, Datuk Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar kepada murid-murid daripada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM 3,000.

“Sumbangan berjumlah RM250.00 setiap seorang murid ini meliputi beg, pakaian seragam, kasut, stokin dan peralatan tulis. Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga penerima dan mereka lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti persekolahan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS,  Datuk Hj Ab Latiff bin Haji Abu Bakar.

“Sumbangan Takaful IKHLAS ini adalah sebagai salah satu cara untuk kami menerapkan semangat saling tolong-menolong selaras dengan sistem Takaful yang berteraskan konsep kerjasama dan tanggungjawab di kalangan para pesertanya," tambah Datuk Hj Ab Latiff lagi.

Murid-murid sekolah ini juga telah diperkenalkan dengan permainan kewangan yang dinamakan MNRB Ringgit Savvy. Permainan ini memberi pendedahkan kepada murid-murid sekolah tersebut mengenai kepentingan menabung dan asas-asas pengurusan wang. Mereka juga turut dihidangkan dengan makanan dan dihiburkan dengan penampilan maskot Omar dan Hana.

Takaful IKHLAS juga menyumbang buku bacaan dan rujukan sebanyak 100 naskah kepada perpustakaan S.K. Jelotong untuk kegunaan murid-murid sekolah tersebut.  

 

Mengenai Takaful Ikhlas Berhad

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.

Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur. Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.

Heading

Heading