Takaful IKHLAS menang Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara

Heading

Heading

22 Feb 2018

Utusan Borneo Sarawak

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) mencapai satu lagi kejayaan baru-baru ini apabila memenangi Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam Asia Tenggara untuk kategori Penyedia Takaful Am Terbaik daripada CPI Financial yang beribu pejabat di Dubai Media City.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, ini merupakan pencapaian yang membanggakan buat Takaful IKHLAS yang kini telah beroperasi hamper 15 tahun. Kejayaan ini adalah atas usaha kolektif kesemua kakitangan syarikat, ejen dan rakan perniagaan kami.

"Melalui usaha mereka yang berterusan berserta dengan pelaksanaan strategi-strategi utama kami secara berdisiplin, Takaful IKHLAS hari ini memberikan perlindungan kepada lebih 2 juta pemegang polisi yang terdiri daripada individu dan korporat.

"Kami sentiasa focus menjana produk dan perkhidmatan inovatif yang sesuai dengan keperluan pelanggan kami," katanya.

Takaful IKHLAS menawarkan pilihan produk motor dan bukan motor di bawah portfolio takaful amnya. Ini termasuk rancangan menyeluruh untuk perlindungan kenderaan, bangunan dan aset lain.

Heading

Heading