24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Takaful Ikhlas lancar pelan baharu

26 Apr 2017

Kosmo

Takaful Ikhlas Bhd. (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. (MNRB), memperkenalkan produk perlindungan terbaharu, IKHLAS Preferred Term Takaful di pasaran. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab. Latiff Abu Bakar berkata, produk tersebut menyediakan perlindungan berterapoh terhadap kematian serta hilang upaya menyeluruh dan kekal secara semula jadi atau akibat kemalangan.

Ia juga menyediakan liputan terhadap 36 penyakit kritikal mengikut ketetapan terma dan syarat syarikat. "Pelan IKHLAS Preferred Term Takaful ini dirangka dengan teliti oleh pihak pengurusan dan dihasilkan berdasarkan penyelidikan pasaran serta mendalami kehendak orang ramai.

"Kami yakin semua pelan perlindungan dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat mampu memberikan perkhidmatan yang optimum dan memenuhi keperluan semasa masyarakat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Terdahulu, pelancaran pelan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 di Temerloh, Pahang.

Turut hadir, Pengerusi Takaful Ikhlas, Sharkawi Alis serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Mohd. Din Merican. Ab. Latiff berkata, menerusi produk terbaharu itu, syarikat berkenaan mengunjurkan pendapatan sebanyak RM1.5 juta untuk tahun pertama pelancarannya.

Ikhlas Preferred Term Takaful menawarkan tiga jenis tempoh perlindungan iaitu lima, 10 atau 20 tahun yang boleh diperbaharui secara automatik semasa tempoh matang tanpa memerlukan pengunderaitan semula. Umur untuk kemasukan perlindungan di bawah pelan tersebut bermula daripada 17 tahun.