24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696 / 0327239521
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Takaful Ikhlas lancar Ikhlas Preferred Term Takaful

27 Apr 2017

Harian Metro

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) melancarkan produk perlindungan terbarunya, Ikhlas Preferred Term Takaful. Pelancaran pelan terbaru itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM 2017) di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, pihaknya mengunjurkan perolehan RM1.5 juta bagi tahun pertama pelan terbaru itu. Beliau berkata, pihaknya berharap pelan itu akan menjadi produk utama untuk dipasarkan melalui saluran agensi keluarga Takaful Ikhlas dan menjana jumlah sumbangan yang boleh dibanggakan.

Menurutnya, pelan terbaru itu menyediakan perlindungan berjangka bagi kematian dan hilang upaya kekal kerana sebab semula jadi atau kemalangan serta perlindungan bagi 36 penyakit kritikal seperti arteri koronari, kegagalan jantung, alzheimer, paru-paru dan penyakit lain. "Pelan Ikhlas Preferred Term Takaful dirangka dengan teliti oleh pasukan pengurusan dan diwujudkan berdasarkan kajian pasaran dan permintaan serta maklum balas daripada masyarakat.

"Kami yakin semua pelan perlindungan dan perkhidmatah ditawarkan syarikat kami berupaya untuk menyediakan perkhidmatan yang optimum dan memenuhi keperluan semasa masyarakat," katanya. Pelan itu mempunyai tiga tempoh perlindungan iaitu lima tahun, 10 tahun atau 20 tahun yang boleh diperbaharui secara automatik pada tempoh matang.