24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696 / 0327239521
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Sasar sumbangan untuk tempoh lima tahun cecah sehingga RM211 juta Kerjasama Takaful Ikhlas, Agrobank

27 Mar 2017

Kosmo

KUALA LUMPUR ­ Takaful Ikhlas Bhd. (Takaful Ikhlas) mengunjurkan jumlah sumbangan dalam tempoh sepanjang lima tahun ini akan mencecah sehingga RM211 juta. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Ab. Latiff Abu Bakar berkata, jumlah tersebut diperoleh daripada usaha sama syarikat dengan Agrobank dalam menawarkan pelbagai produk perlindungan takaful.

Menurutnya, ia akan diperkukuhkan lagi dengan pelantikan syarikat sebagai Rakan Takaful Pilihan Agrobank bagi segmen perniagaan Takaful Keluarga dan Takaful Am. "Sebagai permulaan, Takaful Ikhlas dan Agrobank telah memperkenalkan Agro Nurani pada bulan Januari lepas.

"Ia merUpakan sebuah produk perlindungan takaful khas untuk Orang Kelainan Upaya dan sehingga kini, ia telah menerima sebanyak 350 kes dengan sumbangan bernilai RM28,000. "Kami bakal memperkenalkan lebih banyak produk perlindungan takaful dan antaranya ialah pelan takaful pendidikan pada pertengahan tahun ini.

"Turut dirancang ialah skim takaful tanaman padi yang masih dalam proses perbincangan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pemeteraian perjanjian persefahaman selama lima tahun antara TakaM Ikhlas dan Agrobank sebagai Rakan Takaful Pilihan di sini semalam.

Kerjasama strategik itu merangkumi pelbagai perlindungan dalam segmen termasuk Takaful Kemalangan Diri, Takaful Gadai Janji dan Takaful Kredit Berkala Kumpulan. Ia turut merangkumi Takaful Keluarga Berkumpulan, Pelan Takaful Keluarga untuk pendidikan, persaraan dan perubatan, TakaM Motor, Takaful Kebakaran serta lainlain Takaful Bukan Motor.

Sementara itu, Ab. Latiff berkata, sebagai usaha syarikat untuk terus memperkukuhkan kehadirannya dalam segmen bankatakaful, Takaful Ikhlas akan menempatkan 50 pakar takaful di cawangan Agrobank terpilih di seluruh negara. "Sebanyak 20 pakar takaful akan ditempatkan di cawangancawangan Agrobank terpilih sebagai usaha untuk memberi pendedahan meluas kepada pelanggan Agrobank mengenai produk perlindungan takaful yang bersesuaian dengan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman berkata, sebagai sebuah bank yang diberi mandat untuk membangun dan memajukan sektor pertanian, pihaknya melihat masih terdapat jurang dalam mengisi keperluan kewangan kelompok pertanian terutamanya dalam segmen perlindungan takaful. "Matlamat utama kami adalah untuk membantu membangunkan perlindungan takaful khas untuk komuniti agro pada harga mampu milik," katanya.