24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Program Takaful IKHLAS lahir generasi celik pelaburan

25 Apr 2017

Berita Harian

Program Cendekiawan Muda Takaful IKHLAS anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 (MSAM 2017) mampu melahirkan generasi celik ilmu pelaburan, selain mencungkil bakat muda. Pertandingan berkonsepkan pidato interaktif itu menarik penyertaan 38 kumpulan dari 20 sekolah agama yang mana Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Maidah Addiniah Padang Tengku, Kuala Lipis dinobatkan sebagai pemenang.

Pasukan itu dianggotai, Muhammad Irfan Danial Mohd Aidilfi, 18, dan Muhammad Ammar Wafiq Abdul Razak, 14, yang membawa pulang hadiah utama RM3,000 dalam bentuk saham amanah manakala sekolahnya mendapat ganjaran wang tunai sejumlah RM3,000. Muhammad Irfan Danial berkata, program itu memberi manfaat kerana mendedahkan pelajar mengenai" kepentingan melabur yang penting pada masa depan.

Bina Jati Diri
"Pada masa sama, ia memberi ruang dan peliiang bagi orang ramai menyedari kepentingan melabur melalui perbankan Islam," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersial Takafull Ikhlas, Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob sempena MSAM 2017 di Temerloh, semalam. Sementara itu, Muhammad Ammar Wafiq berkata, Program Cendekiawan Muda TAKAFUL Ikhlas memberikan faedah kepada pelajar dengan membina jati diri idan berani, selain mendedahkan kepada ilmu pelaburan.

"Pada pertandingan ini, kami berucap dengan tajuk 'siapa berusaha dia akan berjaya' sambil menyanyi yang agak sukar kerana masa diperuntukkan hanya tujuh minit sahaja. "Kami perlu menyampaikan isi secara padat,namun memberi kesan kepada orang ramai dalam tempoh singkat itu," katanya.