24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696 / 0327239521
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Perluas kerjasama - Takaful Ikhlas, Agrobank unjur capai sumbangan RM211 juta

27 Mar 2017

Harian Metro

Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) dan Agrobank meletakkan sasaran untuk mencapai sumbangan sehingga RM211 juta melalui kerjasama yang dljalin bagi tempoh lima tahun. Kerjasama itu antara lain membabitkan penawaran produk Takaful Ikhlas di semua rangkaian perbankan Agrobank meliputi penawaran produk Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, kerjasama dijaliri dengan Agrobank sudah bermula sejak 10 tahun lalu, namun ini kali pertama kedua­dua pihak memeterai perjanjian bagi tempoh lebih lama. "la membuktikan ke­ sediaan dan komitmen kami dalam memperluas kerjasama serta kami berbesar hati dipilih sebagai Rakan Takaful Pilihan oleh Agrobank," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman, semalam.

Menurutnya, melalui kerjasama itu, pihaknya akan menawarkan produk takaful yang unik bagi memenuhi keperluan pelbagai kelompok pelanggan. "Produk pertama yang kami perkenalkan adalah Agro Nurani iaitu pelan takaful khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) yang dilancarkan Januari lalu.

Ia mendapat sambutan baik apabila berjaya mengumpul jumlah sumbangan sebanyak RM28,000 untuk lebih 350 polisi sejak dilancarkan dua bulan lalu," katanya. Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, melalui kerjasama itu, pihaknya akan menawarkan skim takaful untuk tanaman padi.

"Skim ini akan memberi perlindungan daripada bencana seperti banjir, kemarau dan penyakit kepada lebih 250,000 penanam padi seluruh negara yang menang gung kerugian jika berlaku kemusanahan tanaman. "Malah, dalam tempoh li ma tahun kerjasama ini, kami akan memperkenalkan lebih banyak produk dengan meliputi sektor pertanian, ternakan dan perikanan," katanya.