24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Pemenang AMA kongsi kejayaan sebagai ejen Takaful Ikhlas

6 Sep 2017

Kosmo

KUALA LUMPUR - Minat, kegigihan dan kerja keras menjadi resipi utama kejayaan dua ejen Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) yang juga merupakan pemenang pada Anugerah Mega Agensi Takaful 2016/2017 (AMA) tahun ini. Dua individu tersebut, Nik Faizal Nik Fauzi dan Zaiton Othman menerima anugerah masing-masing dalam kategori berbeza pada majlis yang diadakan bulan lalu.

Nik Faizal memenangi anugerah bagi kategori Kesihatan dan Keluarga manakala Zaiton pula bagi kategori Am. Nik Faizal yang juga Pengarah A1 Faisal Group berkata, proses mencari dan mempromosikan insurans bukan sesuatu yang mudah kerana ejen perlu mempunyai minat serta semangat.

"Walaupun mempunyai ijazah sarjana dalam bidang arkitek, namun saya bermula dari bawah sebagai ejen Takaful pada usia 23 tahun. "Potensi bidang ini sebagai kerjaya memang ada dan kejayaan telah saya buktikan," katanya ketika ditemui di Menara Takaful Ikhlas Berhad di sini kelmarin.

Kini beliau mempunyai 160 orang ejen di bawah agensinya yang mempromosikan takaful berkaitan pengurusan kewangan dalam bidang kesihatan dan pendidikan. Sementara itu, Zaiton berkata, beliau bekerja keras bagi meneruskan perniagaannya selepas suaminya meninggal dunia pada tahun 2007.

"Selepas pemergian suami saya hilang tempat bergantung. "Saya juga bersyukur kerana dorongan dan sokongan daripada anakanak," katanya. Zaiton yang memiliki syarikat Omar Osman Enterprise itu menambah, cabaran sebagai agen takaful ialah bagaimana hendak mendapatkan kepercayaan daripada para pelanggan.

"Azam saya ialah untuk membuka lima lagi cawangan agensi di Lembah Klang," ujarnya.