24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Lahir generasi celik pelaburan

25 Apr 2017

Harian Metro

Program Cendekiawan Muda Takaful Ikhlas anjuran Permodalan Nasionai Berhad (PNB) sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dataran Ttemerloh, di sini, mampu melahirkan generasi celik Umu pelaburan selain mencungkil bakat muda. Pertandingan berkonsepkan pidato interaktif to menarik penyertaan 38 peserta daripada 20 sekolah agama dan hanya 10 sekolah layak bertanding di peringkat akhir, semalam.

Menerusi pertandingan itu, peserta berkumpulan dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Maidah Addiniah Padang Tengku, Kuala Lipis dinobatkan juara. Pemenang, Muhammad Irfan Danial Mohd Aidilfi, 18, berkata, program itu bertnanfaat kerana memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan ekonomi.

"Selain itu, ia menjadi medium untuk mengajak orang ramai lebih maju ke hadapan dari aspek ekonomi. "Pada masa sama, ia memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyedari kepentingan melabur melalui perbankan Islam," katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

Hadiah disampaikan Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Komersial Keluarga Takaful Ikhlas, Wan Rosli Shaharudin Wan Yaacob. Muhammad Irfan Danial dan rakannya, Muhammad Ammar Waflq Abdul Razak, 14, membawa pulang hadiah utama RM3.000 dalam bentuk saham amanah manakala sekolahnya mendapat ganjaran wang tunai RM3.000.