24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Dua pemenang kongsi rahsia kekal relevan

6 Sep 2017

Berita Harian

Dua pemenang Mega Milion Ringgit Agensi Takaful Ikhlas 2016/2017 iaitu Zaiton Othman dan Nik Faizal Nik Fauzi berkongsi rahsia kejayaan mereka bagi memastikan takaful terus kekal relevan dalam bidang keusahawanan.

Zaiton, 5l ,yang juga Pengurus Myeg Omar Osman berkata, usahawan tempatan perlu miliki empat prinsip utama iaitu positif, kemahiran, jujur dan sistematik untuk menempa kejayaan dalam bidang takaful.

Bersikap positif
Beliau berkata, sebagai permulaan, usahawan digalak menanam sikap positif bagi memastikan objektif mereka menceburi perniagaan sentiasa jelas. Katanya, ia disusuli dengan kemahiran tinggi yang dilihat antara faktor penting bagi usahawan memahami selok belok urus niaga, sekali gus menarik minat pengguna.

"Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, elemen kejujuran sangat penting. Kita mesti ikhlas menjalankan perniagaan, tidak sekadar menjadi usahawan untuk mengejar keuntungan saja, sebaliknya perlu mendapat keberkatan Allah. "Selain itu, kita perlu ada perancangan strategik hala tuju perniagaan. Ini penting kerana mereka yang bijak merancang saja akan terus bertahan dan kekal bersaing dalam era global terkini," katanya.

Persepsi orang ramai
Sementara itu, Nik Faizal, 41, yang juga Pengurus Agensi Kumpulan Al Faisal, berkata antara cabaran terbesar dihadapinya ketika menjadi usahawan adalah sikap dan persepsi orang ramai khususnya anak muda terhadap kepentingan insurans.

Katanya, beliau sentiasa merencana pelbagai strategi termasuk berkongsi kepentingan dan pengetahuan insurans, selain menggunakan pendekatan teknologi terkini bagi menarik minat belia. "Saya akui kurang pendedahan dan pengetahuan terperinci mengenai konsep insurans antara punca penyertaan sebagai ejen insurans berkurangan," katanya.