24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Aidiladha: Takaful Ikhlas sumbang 14 lembu

4 Sep 2017

Utusan Malaysia

KUCHING 3 Sept. - Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) meneruskan tradisi tahunan pada setiap kali menjelang Aidiladha dengan menyumbangkan lembu untuk dikorbankan bagi diagihkan kepada umat Islam di negeri ini. Pada kali ini, sebanyak 14 ekor lembu disumbangkan kepada 14 kampung di sekitar kawasan Satok di sini.

Pengerusinya, Sharkawi Alis berkata, sumbangan korban merupakan program tahunan pihaknya dan kali ketiga dibuat di kampung terbabit dalam usaha menyemarakkan lagi sambutan Aidiladha.

"Program ini bertujuan berkongsi daging korban dengan penduduk kampung selain mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. "Ia juga satu tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat," katanya dalam Majlis Korban Perdana di Masjid Darul Hana, Kampung Patingan, di sini hari ini.

Majlis korban itu turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Amar Juma'ani Tuanku Bujang. Menurutnya, majlis tersebut juga merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan Takaful Ikhlas di Sarawak yang sentiasa memberi sokongan kepada syarikat insurans itu sejak mula ditubuhkan di negeri ini 10 tahun lalu.

Beliau berkata, program tersebut mendapat kerjasama daripada kariah Masjid Darul Hana yang turut serta menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban seawal pukul 7 pagi. Katanya, sebanyak 1,000 bungkusan daging korban diagihkan kepada penduduk di 14 kampung berhampiran.