English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Am > Bukan Motor > IKHLAS   Fidelity Guarantee

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Fidelity Guarantee (Jaminan Kesetiaan)?

a)
Pihak Syarikat akan bertanggungjawab membayar sebarang kerugian langsung wang ataupun harta-benda akibat perbuatan tidak amanah atau perlakuan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pekerja, peserta semasa mereka bertugas.
b)
Di bawah perlindungan ini kerugian hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 6 (enam) bulan daripada tarikh penamatan perjanjian ini atau tidak lewat daripada 6 (enam) bulan selepas kematian atau pemberhentian atau persaraan pekerja yang didapati bersalah.
c)
Mana-mana yang akan berlaku terlebih dahulu

PENGECUALIAN

a)
Sebarang salah pernyataan mengenai fakta yang menyebabkan berlakunya risiko semasa menguatkuasakan perjanjian ini.
   
b)
Pemeriksaan untuk memastikan ketepatan akaun dan pembatasan amaun wang yang boleh diterima atau diamanahkan kepada mana-mana pekerja tidak diperhatikan secara sepatutnya oleh Peserta.
   
c)
Sebarang perubahan dalam perihal-perihal dan keadaan-keadaan pengambilan pekerja ke jawatan tersebut tanpa kebenaran daripada pihak syarikat.
   
d)
Peserta masih terus mengamanahkan mana-mana pekerja dengan wang atau apa-apapun selepas mengetahui perlakuan tidak amanah yang pernah dilakukan oleh pekerja tersebut.
   
   
     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2010 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000
Certificate:
AR 4668
MS 1900:2005
Certificate:
AR 4669