Peserta
Perlindungan Takaful CAR boleh diambil oleh:-
| 1. |
Pihak prinsipal |
| 2. |
Para kontraktor yang melaksanakan projek, termasuk
semua sub-kontraktor |
Untuk mengelakkan pertindihan ataupun perbezaan (jurang)
di dalam perlindungan yang diberikan, Takaful CAR perlu
diambil oleh semua pihak yang berkenaan.
Perkara/item yang dilindungi:
Takaful CAR boleh diambil untuk semua bangunan dan
projek-projek kejuruteraan sivil seperti:-
| 1. |
rumah kediaman dan bangunan-bangunan pejabat,
hospital-hospital, sekolah-sekolah, panggung wayang |
| 2. |
kilang-kilang, loji/kilang-loji/janakuasa |
| 3. |
kemudahan jalanraya dan landasan keretapi,
lapangan terbang |
| 4. |
Jambatan-jambatan, empangan,sekatan, terowong-terowong,
bekalan air dan sistem perparitan, terusan-terusan
dan pelabuhan-pelabuhan |
Perlindungan terutamanya mengandungi perkara-perkara
berikut:-;
Kerja-kerja Kontrak
Terma ini bermaksud semua operasi yang akan dijalankan
oleh kontraktor dan sub-sub kontraktornya seperti
yang dipersetujui dalam kontrak bangunan, termasuk
persediaan kerja di tapak pembinaan, pembinaan
struktur-struktur sementara, juga penggunaan semua
material yang disimpan di tapak binaan yang perlu
dimasukkan di dalam struktur.
Loji Pembinaan dan peralatan
Terma ini berkaitan dengan kemudahan tempat tinggal
pekerja, gudang simpanan, tapak penyediaan dan
pencampuran dan alatan tetangga (scaffolding).
Alat Jentera Pembinaan
Terma ini berkaitan dengan peralatan ,mengorek tanah,
kren dan seumpamanya juga kenderaan di tapak binaan
yang tidak dilesenkan untuk kegunaan jalan-jalan
awam tidak kira sama ada jentera-jentera itu dimiliki
atau disewa oleh kontraktor.
Kos-kos membersihkan sisa-sisa buangan
Terma ini berkaitan dengan perbelanjaan-perbelajaan
yang dikenakan untuk mengangkat sisa-sisa buangan
daripada tapak binaan bila berlaku kerugian yang
dijamin gantirugi di bawah Takaful CAR.
Third party liability (Liabiliti Pihak Ketiga)
Terma ini bermaksud timbulnya liabiliti perundangan
disebabkan oleh kerosakan harta-benda atau kecederaan
anggota badan oleh pihak ketiga dan berlaku berkaitan
dengan kerja-kerja kontrak di atas atau berhampiran
tapak bangunan.
Harta-benda persekitaran
Terma ini bermaksud harta-benda yang terletak di
tapak bangunan juga harta-benda di sekeliling tapak
pembinaan.
Skop Perlindungan
Takaful CAR memberi perlindungan ke atas semua risiko
- semua malapetaka dilindungi jika tidak kecualikan
secara khusus.Sebab-sebab utama penyebab kerugian
yang dijamin ganti-rugi di bawah Takaful CAR adalah:
| - |
kebakaran, kilat, letupan, kapalterbang terhempas,
pemadaman air atau lain-lain kaedah memadam api |
| - |
banjir, limpahan air,hujan, salji, runtuhan,
tsunami |
| - |
ribut-petir dan seumpamanya |
| - |
gempa bumi, penenggelaman, runtuhan tanah,
runtuhan batu |
| - |
kecurian, pecah rumah |
| - |
Hasil kerja/pembuatan yang tidak elok, kekurangan
kemahiran, kecuaian, perbuatan hasad-dengki atau
kesilapan manusia |
Pengecualian-pengecualian
Perlindungan yang ditawarkan oleh Takaful CAR hanya tertakluk kepada beberapa
pengecualian jelas yang digunapakai pasaran insurans antarabangsa Pengecualian-pengecualian
ini dinyatakan di dalam sijil, terutamanya mengandungi :-
| - |
kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh peperangan atau operasi-operasi
peperangan seumpamanya, tunjuk-perasaan, rusuhan, kegemparan awam, sekatan kerja,
arahan mana-mana pihak berkuasa awam, |
| - |
kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh tindakan yang disengajakan atau
kecuaian yang disengajakan oleh peserta atau wakil-wakilnya, |
| - |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas nuklear, pencemaran
akibat radiasi nuklear atau radioaktif, |
| - |
kerugian turutan akibat mana-mana deskripsi apa-apa saja, seperti tuntutan-tuntutan
daripada denda-denda, kerugian akibat kelewatan, kehilangan kontrak, |
| - |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan kerosakan mekanikal atau elektikal
atau kerosakan jentera pembinaan, loji/kilang dan peralatan, |
| - |
kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau kesilapan reka bentuk, |
| - |
Kos penggantian, pembaikan atau pembetulan sebarang kecacatan/kekurangan di
dalam kerja-kerja kontrak . Walau bagaimanapun, kerugian atau kerosakan
kepada item-item yang betul cara pembuatannya umumnya dilindungi di bawah takaful
CAR akibat daripada ketidaksempurnaan lain-lain item di dalam kerja-kerja kontrak. |
|
Tempoh Perlindungan
Perlindungan yang disertakan adalah dari bermulanya
kerja atau selepas item-item yang termasuk dalam
jadual sijil telah diletakkan di tapak pembinaan
dan terbatal apabila struktur lengkap atau mana-mana
bahagian yang telah disiapkan diambil alih atau
digunakan. Liabiliti pengendali-pengendali Takaful
untuk jentera-jentera pembinaan dan peratan pembinaan
tapak bermula dari penurunan/peletakan di tapak
pembinaan dan tamat sebaik sahaja dipindahkan dari
situ. Sebagai tambahan adalah mungkin untuk memanjangkan
tempoh perlindungan dengan memasukkan tempoh penyelenggaraan.
Jumlah Perlindungan
Jumlah perlindungan mestilah sama dengan jumlah yang
dinyatakan di dalam kontrak bangunan dicampur dengan
nilai mana-mana bekalan bahan pembinaan dan/atau
kerja-kerja tambahan yang dijalankan oleh pihak
prinsipal. Sebarang kenaikan dalam jumlah kontrak
perlulah dimaklumkan dengan segera kepada pengendali-pengendali
Takaful untuk mengelakkan kekurangan dalam perlindungan
takaful.
Biasanya jumlah perlindungan berasingan adalah ditetapkan
untuk:-
| - |
jentera pembinaan, pembinaan loji/kilang dan
peralatan |
| - |
bangunan-bangunan sedia ada dan pembersihan
sisa-sisa buangan |
Perlindungan Liabiliti Pihak Ketiga sebaliknya tertakluk
kepada had berasingan ke atas indemniti pada satu-satu
kemalangan atau siri kemalangan yang timbul kerana
satu kejadian.
Jaminan Ganti-rugi
Pengendali-pengendali Takaful menjamin ganti-rugi
peserta untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang dikenakan
untuk mengelakkan kerugian atau kerosakan kepada
harta-benda yang dilindungi. Walau bagaimanapun,
perbelanjaan untuk memperbetulkan kekurangan/kecacatan
yang mungkin berlaku walaupun tanpa terjadinya
kerugian dan kerosakan seumpamanya - adalah tidak
dijamin ganti-ruginya.
Lagipun apa yang dianggap deduktibel adalah dipersetujui
ke atas setiap Takaful CAR. Ini merupakan perkongsian
ke atas setiap kerugian di mana peserta perlu menanggungnya
dengan akaunnya sendiri dan di mana ini adalah ditolak
daripada gantirugi. Tujuan penolakan seumpama itu
adalah untuk merangsang kecenderongan peserta dalam
mengelakkan kerugian dan melegakan pengendali-pengendali
Takaful daripada berurusan dengan banyak kerugian-kerugian
kecil yang menyebabkan kenaikan perbelanjaan pentadbiran
yang tidak sepatutnya jika dibandingkan dengan jumlah
gantirugi yang dibuat.
Am nya had gantirugi merupakan jumlah perlindungan
melainkan had untuk setiap dan mana-mana kerugian
dan/atau had agregat untuk semua kerugian yang berlaku
semasa tempoh telah dipersetujui.
Tempoh Penyelenggaraan
Biasanya kontrak bangunan menawarkan tempoh penyelenggraan
selama 12 bulan selepas struktur lengkap telah
diambil-alih. Dalam tempoh penyelenggaraan perlindungan
mungkin dibenarkan di bawah sijil CAR. Di bawah
adalah jenis-jenis perlindungan yang diberi:-
Perlindungan Lawatan-lawatan Penyelenggaraan
Liabiliti pengendali-pengendali Takaful semasa tempoh
penyelenggaraan adalah terhad kepada kerugian atau
kerosakan yang disebabkan oleh peserta semasa operasi-operasi
kerja dijalankan bertujuan memenuhi tanggunjawab
di bawah syarat-syarat penyelenggaraan di dalam kontrak.
Pengluasan Perlindungan Penyelenggaraan
Sebagai tambahan kepada perlindungan yang diberi
di bawah perlindungan lawatan-lawatan penyelenggaraan,
jenis perlindungan ini juga memasukkan sebab kerugian
atau kerosakan semasa tempoh membangunkan bangunan.
TEMPOH PERLINDUNGAN
24 bulan - 25% "loading"
36 bulan - 50% "loading"
pengluasan - caj pro-rata
PENGLUASAN("LOADING")
Perbelanjaan-perbelanjaan Untuk Menyegerakan Urusan
- 10% Kelemahan getaran-antara 10% hingga 20% bergantung
kepada kedekatan dan bantuan pemindahan harta-benda
pihak ketiga ( Pengluasan ditolak jika harta-benda
pihak ketiga secara langsung telah memasuki risiko).
Kelemahan getaran-antara 10% hingga 20% bergantung
kepada syarat-syarat.
|