Pengenalan
IKHLAS TERM TAKAFUL
RIDER merupakan pelan yang hanya boleh disertakan
kepada pelan takaful asas. Pelan ini merupakan pelan
tahap perseorangan dengan skop perlindungan yang
lebih meluas pada kadar sumbangan yang berpatutan.
Ia memberi perlindungan ke atas kematian dan hilang
upaya kekal menyeluruh peserta dalam tempoh sijil.
Apakah yang dilindungi
oleh IKHLAS Term Takaful Rider?
MANFAAT KEMATIAN
Sekiranya berlaku kematian peserta dalam tempoh
sijil, Jumlah Perlindungan Rider Bertempoh (TRSC)
berserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko
Peribadi (PRIA) peserta akan dibayar sekaligus kepada
waris atau keluarga terdekat peserta.
MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH (TPD)
Sekiranya berlaku TPD peserta dalam tempoh
sijil, Jumlah Perlindungan Rider Bertempoh (TRSC)
berserta
lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi
(PRIA) peserta akan dibayar sekaligus kepada peserta.
Nota:
Semua manfaat di atas tidak termasuk keadaan sedia
ada peserta.
MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan
menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan
bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan
Risiko Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko
melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.
Mengapa IKHLAS Term Takaful Rider?
JUMLAH PERLINDUNGAN
Anda boleh memilih jumlah perlindungan sehingga
lima (5) kali Pelan Perlindungan Asas.
|