English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Keluarga > Rider > IKHLAS   Payor Savings Takaful Rider

Pengenalan

IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER merupakan pelan Takaful Rider yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas berkurangan. Pelan ini akan mengecualikan semua sumbangan tidak bertunggak sijil ini di masa depan (termasuk rider-rider yang disertakan) sekiranya berlaku kamatian ke atas penyumbang, kehilanagn upaya kekal dan menyeluruh (TPD) dan/atau penyumbang telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak) sebelum tempoh matang sjil.

Apakah yang dilindungi oleh  IKHLAS Payor Savings Takaful Rider ?

MANFAAT KEMATIAN
Sekiranya berlaku TPD kepada penyumbang yang disebabkan  oleh semua sebab sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.

KEHILANGAN UPAYA MENYELURUH DAN KEKAL (TPD)
Sekiranya berlaku TPD kepada penyumbang yang disebabkan oleh semua tertakluk kepada syarat dan peraturan rider, semua jumlah sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.

MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL
Sekiranya penyumbang disahkan mengidap salah satu daripada penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam kontrak), semua jumlah sumbangan tidak tertunggak masa depan sijil (termasuk rider-rider yang disertakan, mana-mana yang berkenaan) akan dikecualikan.

SYARAT-SYARAT
Sekiranya berlaku TPD atau penyumbang disahkan mengidap penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan manfaat penyumbang akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

• Kehilangan upaya menyeluruh dan kekal adalah berdasarkan kepada definisi *sebarang pekerjaan*.
• Manfaat kehilangan upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang meyakinkan (tempoh menunggu) dan kehilangan upaya tersebut berterusan untuk tempoh tidak kurang enam (6) bulan.
• Syarikat berhak untuk mengenakan sumbangan tambahan sekiranya terdapat laporan pemeriksaan perubatan penyumbang yang kurang memuaskan.
• Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah sjil.


Mengapa IKHLAS Payor Savings Takaful Rider?

SIMPANAN/PELABURAN
Tidak seperti pelan konvensional, pelan ini direka unik bukan sahaja untuk memberi perlindingan malah menggalakkan simpanan/pelaburan.

TEMPOH MATANG
Bila tempoh matang sijil, lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta berserta dengan jumlah keuntungan dan lebihan akan dibayar kepada peserta.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Modal Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

   
     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251