Pengenalan
Aset manakah yang paling berharga sekali kepada
anda diwaktu ini? Kereta, rumah, barang kemas? Namun
kita sentiasa terlupa - sebenarnya aset yang paling
berharga sekali ialah pendapatan kita. Sekiranya
ditakdirkan, kita tiba-tiba hilang sumber pendapatan,
secara tidak langsung pegangan aset-aset yang lain
turut sama terjejas.
Tiada siapa yang boleh melawan takdir. Sebab itulah
kita perlu bijak bersiap-sedia menghadapi sebarang
kemungkinan. Tidak dapat dinafikan, insurans hayat
mampu membantu keluarga anda daripada kehilangan
punca pergantungan pendapatan di saat kematian anda.
Tapi bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya
ditakdirkan anda kehilangan sumber pendapatan di
kala anda masih lagi hidup? Berapa lamakah anda mampu
bertahan tanpa pendapatan yang tetap?
Menyedari hakikat ini, kami telah mewujudkan IKHLAS
FAMILY INCOME TAKAFUL rider. Ia menyediakan anda
serta keluarga dengan jaminan pendapatan berterusan,
jika ditakdirkan anda kehilangan upaya kekal dan
menyeluruh atau disahkan menghidap penyakit kritikal
dalam tempoh pelan.
Mengapa IKHLAS Family Income ?
Lindungi keluarga anda sambil menikmati pulangan
yang lebih baik
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih
besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan
pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima
kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan
peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang
lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula
pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin,
menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan
adalah lebih baik.
|
Apakah
yang dilindungi oleh IKHLAS
Family Income?
Pelan ini memberikan anda salah satu daripada
manfaat ini:
Manfaat Kematian:
Sekiranya berlaku kematian kepada peserta, disebabkan
oleh sebarang sebab, jumlah perlindungan(SC) pendapatan
akan dibayar kepada waris peserta atau keluarga terdekatnya
sepanjang baki tempoh sijil.
Manfaat Kehilangan Upaya Kekal Dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya berlaku TPD kepada peserta, yang diakibatkan
oleh sebarang sebab, Jumlah Perlindungan manfaat
pendapatan akan dibayar kepada peserta untuk sepanjang
baki tempoh sijil.
Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya peserta dikenalpasti dan disahkan oleh
pegawai perubatan, menderita akibat salah satu
daripada penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan
manfaat pendapatan akan dibayar kepada peserta
untuk sepanjang baki tempoh sijil.
Syarat-syarat
Sebaik sahaja disahkan mengidap salah satu daripada
penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan pendapatan
akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
(a)
Kehilangan upaya kekal dan menyeluruh adalah berdasarkan
kepada definisi "sebarang pekerjaan".
(b)
Manfaat kehilangan upaya akan dibayar selepas tempoh kelayakan yang
menyakinkan (tempoh menunggu) dan kehilangan upaya tersebut adalah untuk
tempoh berterusan tidak kurang daripada enam (6) bulan.
(c)
Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah
dikecualikan daripada menerima manfaat pelan.
SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN
Umur : 18 hingga 60 tahun (pada tarikh hari jadi
berikutnya) lelaki atau perempuan dan bekerja
Had Jumlah
Perlindungan : Minimum - RM1,200.00 manfaat pendapatan
tahunan
Maksimum - Pendapatan tahunan sebenar pemohon (pada
masa menyertai pelan) sehingga RM60,000 pendapatan
tahunan, atau manfaat perlindungan di mana sumbangan
rider ini tidak melebihi sumbangan Pelan Asas, mana-mana
yang terendah
Tempoh Tamat Umur
Penyertaan: Sebaik sahaja peserta mencapai umur 65
tahun
Perlindungan: Minimum-5 tahun
Maksimum- sehingga tamat tempoh Pelan Asas
|