English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Keluarga > Rider > IKHLAS   Critical Illness Takaful

Pengenalan

IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER merupakan pelan perlindungan Takaful tahap perseorangan untuk tujuan memberi perlindungan kewangan ke atas serangan penyakit kritikal, sepanjang tempoh sijil sepertimana yang dinyatakan dalam sijil.

Nota: Caj risiko ini tertakluk kepada semakan oleh Takaful IKHLAS di masa depan.

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Critical IllnessTakaful Rider?

IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER memberi perlindungan dan ketenangan fikiran kepada peserta dan keluarga di kala peserta disahkan menghidap penyakit kritikal.

Pelan ini memberi perlindungan ke atas:-

40 PENYAKIT KRITIKAL
Rider ini membuat pembayaran 100% daripada jumlah perlindungan ke atas penyakit kritikal sebaik sahaja peserta disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam pelan. Pelan ini terdapat dalam dua (2) bentuk:-

Pelan Bayaran Awal
Sebaik sahaja peserta disahkan menghidapi penyakit kritikal, rider ini membolehkan bayaran awal ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal dibayar sekaligus, berdasarkan kepada Jumlah Perlindungan Asas. Tuntutan yang dibuat menerusi rider ini akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.

Pelan Tambahan
Rider ini membolehkan bayaran dibuat sekaligus ke atas Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal, sebaik sahaja peserta disahkan menghidapi penyakit kritikal. Bayaran yang dibuat di bawah rider ini tidak akan mengurangkan jumlah perlindungan pelan asas.

Manfaat tempoh matang

Apabila Sijil mencapai tempoh matang peserta akan menerima bayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

Kenapa IKHLAS Critical IllnessTakaful Rider?

IKHLAS CRITICAL ILLNESS TAKAFUL RIDER direka khusus untuk memberi perlindungan daripada kehilangan punca kewangan sekiranya anda diserang mana-mana 40 penyakit kritikal seperti disenaraikan.

Sebaik sahaja disahkan mengidap penyakit kritikal, Jumlah Perlindungan Penyakit Kritikal akan dibayar tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

• Hilang upaya menyeluruh dan kekal adalah berasaskan kepada definisi sebarang pekerjaan.

• Faedah hilang upaya akan dibayar selepas tempoh layak yang menyakinkan (tempoh menunggu) di mana ketidakupayaan tersebut akan berterusan dalam tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan.

• Caj Tambahan ke atas kematian dan/atau pekerjaan akan ditambah sekiranya bersesuaian dengan profil peserta dan definisi Hilang Upaya Menyeluruh (TPD). Caj tambahan akan dihitung sebagai faktor berganda kepada kadar minimum bersih. Tiada apa-apa diskaun akan diberi kerana ini merupakan kadar minimum bersih.

• Keadaan kesihatan sebelum menyertai pelan ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.

Nota: Penyakit kritikal yang disahkan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh sijil dikeluarkan atau tarikh sijil dikuatkuasakan semula, tidak akan dilindungi.

Jumlah Perlindungan
Anda boleh memilih jumlah perlindungan setakat jumlah perlindungan asas.

Pulangan Pelaburan yang Lebih Baik
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

   
     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251