Melindungi dan membantu anda tatkala musibah melanda
MENGHULURKAN BANTUAN DI SAAT DITIMPA MUSIBAH
Kehidupan penuh dengan ketidaktentuan.Seandainya anda ditimpa musibah, risikonya lebih tinggi sekiranya anda tidak bersedia.IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider Plus menyediakan perlindungan di waktu musibah melanda seperti kematian, hilang upaya kekal, separa atau menyeluruh, supaya anda sentiasa dilindungi.Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER PLUS?
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko &Dana Khas)
Apabila berlaku kematian terhadap Peserta akibat kemalangan di dalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, Jumlah Perlindungan termasuk baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada waris Peserta atau keluarga terdekat. Jikalau Peserta meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa tindakan jenayah, dua (2) kali Jumlah Perlindungan termasuk baki di dalam PRIA akan dibayar kepada waris Peserta atau keluarga terdekat.
Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) Akibat Kemalangan (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Apabila berlaku keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) terhadap Peserta akibat kemalangan di dalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, Jumlah Perlindungan termasuk baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada Peserta. Jikalau TPD adalah disebabkan oleh kemalangan semasa dalam perjalanan menggunakan kenderaan awam atau sebagai mangsa tindakan jenayah, dua (2) kali Jumlah Perlindungan termasuk baki di dalam PRIA akan dibayar kepada Peserta.
Manfaat Hilang Upaya Separa dan Kekal (PPD) Akibat Kemalangan (Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan kekal akibat kemalangan terhadap Peserta dalam tempoh pegangan Sijil, bayaran Jumlah Perlindungan yang berdasarkan Jadual Indemniti, seperti yang disertakan dalam Sijil, akan dibayar kepada Peserta. Peserta boleh membuat lebih daripada satu tuntutan di bawah faedah PPD, dengan syarat jumlah yang dibayar tidak melebihi 100% daripada Jumlah Perlindungan.Sijil Peserta masih berkuatkuasa sehingga 100% Jumlah Perlindungan dituntut oleh Peserta dalam tempoh perlindungan tersebut, atau sehingga tamat tempoh.
Manfaat Serahan Sijil (Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil diserahkan, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki di dalam PRIA, jika ada.
Manfaat Matang (Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil telah mencapai tempoh matang, Pemilik Sijil akan menerima jumlah baki PRIA, jika ada.
|
SYARAT DAN HAD UMUR
Umur Kemasukkan:
30 hari - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang
Pekerjaan Kelas 1, 2, 3, dan 4 (Peserta yang berumur kurang daripada 18 tahun akandikelaskan sebagai Pekerjaan Kelas 2)
Jumlah Perlindungan:
Minimum – RM 10,000 Jumlah perlindungan
Maksimum – 5 x Jumlah Perlindungan Asas, tertakluk kepada kelulusan pengunderaitan
Tempoh Perlindungan:
Minimum – 5 tahun
Maksimum – Peserta berumur 64 tahun atau apabila mencapai 65 tahun, tertakluk kepada maksimum Pelan Asas
MENGAPA IKHLAS DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER PLUS?
a) Perlindungan Kemalangan
Perlindungan ini menyediakan pampasan kewangan untuk kematian dan keilatan menyeluruh yang disebabkan semata-mata dan secara langsung oleh kemalangan.
b) Jumlah Perlindungan yang Tinggi
Anda boleh memilih jumlah perlindungan sehingga lima (5) kali daripada Jumlah Perlindungan Asas.
JUMLAH KADAR SUMBANGAN TAHUNAN (Berdasarkan RM 1,000 Jumlah Perlindungan)
Kadar di atas mengandaikan bahawa Peserta yang dicadangkan tiada masalah perubatan/ kesihatan, risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan Sumbangan tambahan.
CAJ-CAJ YANG TERDAPAT PADA IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER PLUS
IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider Plus adalah berasaskan Model Wakalah di mana Takaful IKHLAS akan mengenakan Yuran Wakalah dari Sumbangan yang diterima untuk tujuan pengurusan. Bagi Sijil yang mana tempoh perlindungan adalah 20 tahun ke atas, jadual Yuran Wakalah adalah seperti di bawah:
Rujuk Jadual Wakalah |