Pengenalan
Dengan sekian banyak cabaran yang
dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan,
maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan
fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah
mereka IKHLAS Wanita
Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari
ini yang moden dan dinamik.
Dalam kehidupan dunia
hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk
merancang masa depan agar ia
lebih terjamin. IKHLAS Wanita
Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di
antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat
disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.
 |
|
 |
| |
| Jenis
Pelan |
Had
Sepanjang Hayat |
Kriteria |
Plan
A
|
RM50,000.00 |
Dengan
Faedah Kehamilan*
|
Plan
B
|
RM100,000.00 |
Dengan
Faedah Kehamilan*
|
Plan
C
|
RM50,000.00 |
Dengan
Faedah Kehamilan*
|
Plan
D
|
RM100,000.00 |
Tanpa
Faedah Kehamilan*
|
|
|
 |
|
 |
Apakah Manfaat Yang Ditawarkan
Oleh IKHLAS Wanita
Takaful?
Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus
dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding
kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan
minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser
Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan
vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous)
dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan
Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran
& kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah
Dada (atas sebab-sebab kemalangan).
Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh
(TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang
merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah
Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA
(Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta
atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum
peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki
had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun
terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti
|
Mengapa IKHLAS Wanita
Takaful?
Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA
adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk
tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang
seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum
dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3)
pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat
sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan
dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama
sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah
tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap
penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan
sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.
Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan
dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan,
kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami,
tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang
hayat setiap sijil.
Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had
sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun
tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami
apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta
mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.
Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50
tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00
Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan :Apabila peserta mencapai umur
65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan : 15 – 49
tahun.
|