Pengenalan
Dugaan getir dalam kehidupan sering menggugat kesejahteraan
hidup seseorang. Ini telah mendorong Takaful IKHLAS untuk mencipta satu pelan yang berupaya untuk meringankan
sedikit bebanan penderitaan dan pengalaman pahit
akibat daripada dugaan getir kehidupan.
IKHLAS LIFESTYLE TAKAFUL merupakan
pelan perlindungan tahap perseorangan yang menyertakan
keuntungan untuk
diagihkan semula kepada para peserta. Pelan ini direka
untuk memberi perlindungan ke atas kematian dan kehilangan
upaya kekal dan menyeluruh peserta sebelum tempoh
matang sijil. Tempoh Sijil adalah dari 5 hingga 42
tahun dan sumbangan perlu dibuat sehingga tempoh
matang sijil. Pelan ini direka khusus untuk memberi
jaminan perlindungan kepada anda dan yang tersayang
di kala menghadapi saat-saat ketidaktentuan dan kegetiran
kehidupan. Manfaat tempoh matang merupakan jumlah
sumbangan terkumpul (bersih daripada sebarangan caj)
di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Lifestyle?
Manfaat Kematian dan Kehilangan Upaya Menyeluruh
- Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya
kekal dan menyeluruh, terhadap peserta (mana-mana
yang terdahulu) di dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan
(SC) berserta dengan jumlah yang terkumpul di dalam
Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar kepada
waris peserta atau keluarga terdekatnya. Sekiranya
berlaku kematian kepada peserta, manfaat perbelanjaan
pengkebumian akan dibayar kepada waris peserta sebanyak
10% dari Jumlah Perlindungan Sijil, tertakluk kepada
jumlah maksima sebanyak RM10,000.00.
Nota : Sekiranya berlaku Kehilangan Upaya Kekal dan
Menyeluruh (TPD), manfaat sijil akan dibayar kepada
peserta.
|
Mengapa
IKHLAS Lifestyle?
Gaya Hidup Sihat
Peserta berhak untuk membuat pemeriksaan perubatan
percuma pada setiap akhir tahun ke lima (5) sijil,
tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak tiga
(3) kali pemeriksaan sepanjang tempoh sijil. Takaful IKHLAS akan menentukan bentuk pemeriksaan perubatan
yang berhak diterima oleh peserta bersesuaian dengan
keperluannya. Untuk keputusan yang positif bagi
setiap pemeriksaan perubatan, peserta akan menerima
jumlah perlindungan tambahan percuma sebanyak RM1,000
untuk setiap RM10,000 Jumlah Perlindungan asal.
Walaubagaimana pun, sekiranya keputusan pemeriksaan
adalah negatif, tiada perlindungan tambahan akan
diberi.
Pengeluaran Wang Tunai
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan
Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk
tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga
(3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang
tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran
ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak
RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan
Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama
sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah
sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan
sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA)
peserta.
Syarat-syarat:-
Dalam Keadaan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh
terhadap peserta, manfaat yang dibayar adalah tertakluk
kepada tempoh terhad selama 6 bulan, dengan syarat
:-
i) Tuntutan Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh
telah disahkan
ii) Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh adalah
berdasarkan kepada definisi "sebarang pekerjaan"
iii) Tiada tunggakan sumbangan
SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN
Umur : 18 -55 tahun (umur pada hari jadi berikutnya,
lelaki/perempuan)
Jumlah Had Perlindungan : Minimun - RM50,000 Jumlah
Perlindungan Maksimum - Tertakluk kepada keputusan
penguderaitan ( dalam gandaan RM10,000)
Tempoh Tamat Umur Penyertaan Bila mencapai umur 60
tahun
Lindungi Masa Depan Anda Sambil Menikmati Pulangan
Lebih Baik:
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih
besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan
pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima
kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan
peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang
lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula
pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin,
menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan
adalah lebih baik.
|