Pengenalan
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL direka
khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi
masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya
terjamin.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education?
IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas
untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga
12 tahun.
IKHLAS EDUCATION menyediakan
faedah-faedah berikut:
TEMPOH MATANG FLEKSIBEL
Anda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang
Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di
antara 18 hingga 23 tahun.
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang
tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan
3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula
dari tahun ke-enam.
MANFAAT BAGI TEMPOH MATANG
Apabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan
menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih
dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi
serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun
Terkumpul Ta’awuni.
KEMATIAN
Sekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan
memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk
jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi,
pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih
dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.
PENGECUALIAN SUMBANGAN
Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh
takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar
melalui dana sehingga tarikh matang.
JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan fleksibel.
|
Mengapa
IKHLAS Education?
ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah
A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR
(minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum
7A).
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda
mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan
minimum adalah RM50 dimana jumlah ini akan dimasukkan
sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.
PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan
pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi
kami untuk keterangan selanjutnya).
|