English Bahasa Melayu
Laman Induk | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Keluarga > Asas > IKHLAS  Capital Investment-Linked Takaful

Pengenalan

Kini, hanya dengan sekali caruman sahaja, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih lumayan ke atas pelaburan anda menerusi IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful, iaitu sebuah pelan yang memberikan tambah nilai kepada modal serta perlindungan secara serentak. Terdapat tiga (3) jenis dana untuk pelaburan, yakni Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.

Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Capital Investment-linked Takaful?

1.
Pulangan & Perlindungan Tertinggi ke atas Pelaburan Anda
Untuk sekali sahaja bermula dengan pelaburan RM5,000.00, anda sebenarnya telah mengorak langkah pertama ke arah perancangan kewangan yang berhemat dengan perlindungan yang diperlukan sekiranya berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).
   
2.
Faedah Kematian atau TPD*
 
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan (bersamaan dengan 125% daripada caruman tunggal campur amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul dalam semua dana saham, bergantung kepada yang mana lebih tinggi) akan dibayar kepada peserta ataupun keluarga terdekat.

* Tertakluk kepada syarat

Mengapa IKHLAS Capital Investment-linked Takaful?

Pengeluaran Wang Tunai
Amaun pengeluaran minimum ialah RM500.00. Pengeluaran separa adalah tertakluk kepada baki minimum sebanyak RM3,000.00 dalam semua dana amanah. Caj untuk urus niaga pengeluaran adalah seperti berikut (tertakluk kepada caj maksimum sebanyak RM50.00 untuk setiap pengeluaran).:

 
 
  Caj Pengeluaran
Tahun
1
2
3
Selepas
Caj
3%
2%
1%
0%
 
 

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa, tertakluk kepada syarat berikut:
Amaun Minimum: RM500.00
Amaun Maksimum: 5 kali caruman tunggal untuk setiap tahun
Penambahan sumbangan akan digunakan untuk membeli
saham pelaburan tambahan dan/atau perlindungan tambahan.

Penamatan
Sijil Perakuan akan tamat setelah diserahkan atau apabila bayaran kematian atau TPD dibuat.

Fi Tukar Ganti (setiap tahun sijil perakuan)
Tukar Ganti pertama : Percuma
Tukar Ganti berikut : RM50.00 untuk setiap tukar ganti

Syarat dan Had Umur
Umur Penyertaan : Pemilik Sijil Perakuan: 18 - 60 tahun, umur pada hari jadi berikutnya.
Peserta : 1 - 60 tahun, umur pada hari lahir berikutnya
Had Penyertaan : Minimum - RM5,000.00.
Maksimum - tertakluk kepada keputusan penaja jaminan gandaan RM500.00
Tempoh Tamat : Apabila peserta mencapai umur 80
Umur Penyertaan tahun, umur pada hari lahir berikutnya
Jumlah : 125% daripada caruman tunggal campur.
Perlindungan amaun tambah nilai tolak pengeluaran atau nilai dana terkumpul, bergantung kepada yang mana lebih tinggi.

   
     

Hakcipta © 2012 Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi | Piagam Pelanggan WEBSE Design Solution by WEBSE Asia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business Directory
Anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.