Pengenalan
Pelan Takaful Berkumpulan ini
direka untuk memberi perlindungan dengan cara
membayar jumlah tunggakan pinjaman yang dibuat
kepada mana-mana institusi sekiranya berlaku
kematian kepada peserta (yang merupakan peminjam)
atau jika peserta kehilangan upaya kekal dan
menyeluruh.
Apakah yang dilindungi oleh
IKHLAS Group Islamic Cashline Takaful?
Ini merupakan takaful bertempoh untuk sekumpulan
peserta Institusi Kewangan (Pembiaya) dengan
kaedah bayaran sumbangan yang berbeza. Pelan
tipikal yang direka mengandungi perkara-perkara
berikut:
Pelan ini Menyediakan:-
Manfaat Kematian - Sekiranya
berlaku kematian kepada peserta di dalam tempoh
polisi, Jumlah Perlindungan (SC) beserta dengan
lebihan di dalam
Akaun Pelaburan Peribadi Peserta (PRIA) akan
dibayar sekaligus kepada Pembiaya.
Manfaat TPD - Sekiranya berlaku kehilangan upaya
menyeluruh kepada peserta dalam tempoh polisi,
SC berserta dengan lebihan di dalam PRIA akan
dibayar secara sekaligus kepada pembiaya.
|