Apakah
yang dilindungi oleh IKHLAS Takaful Gadaijanji?
Sekiranya berlaku kematian dan
keilatan kekal dan menyeluruh, IKHLAS Takaful
Gadaijanji akan melangsaikan amaun pembiayaan yang
belum dijelaskan. Apabila ditimpa musibah, IKHLAS Takaful Gadaijanji dapat meringankan beban keluarga
yang ditinggalkan dan waris tidak perlu menanggung
baki hutang atau menjual kediaman yang dicagarkan
bagi menjelaskan baki hutang. |
Apakah
IKHLAS Takaful Pemilik Rumah?
IKHLAS Takaful Pemilik Rumah menyediakan
perlindungan komprehensif untuk kediaman anda dan/atau
termasuk isi kandungannya. Anda juga beroleh ketenangan
fikiran memandangkan harta anda dilindungi sepenuhnya.
Kenapa IKHLAS Takaful Pemilik Rumah?
Perlindungan Harta Peminjam/Peserta
(1) |
Kebakaran, kilat, halilintar. |
(2) |
Letupan tong gas domestik. |
| (3) |
Kerosakan akibat pesawat udara. |
| (4) |
Pelanggaran oleh kenderaan luar. |
| (5) |
Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali ;-
-
RM50.00 yang pertama.
-
Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi
perabot.
-
Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.
|
| (6) |
Kerosakan akibat pencerobohan. |
| (7) |
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut kecuali kerosakan bidai
dan sengkuap. |
| (8) |
Gempa bumi dan letupan gunung berapi. |
| (9) |
Banjir. |
| (10) |
Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa
tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaikpulih. |
| (11) |
Tangungan awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan
tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di
dalam kawasan rumah. |
Pengecualian
| (1) |
Peperangan, pemberontakan, rusuhan.
|
| (2) |
Arahan pengambilalihan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau penguasa tempatan.
|
| (3) |
Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut semasa bangunan dalam pembinaan
semula, kerja baik pulih dan ke atas kelengkapan luar rumah seperti bidai dan
sengkuap.
|
| (4) |
Kebocoran peralatan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.
|
| (5) |
Pemendapan tanah dan tanah runtuh.
|
|