Pengenalan
IKHLAS COMPREHENSIVE GROUP
TAKAFUL dicipta untuk meminimakan risiko pilihan dan untuk
memberi perlindungan asas Takaful untuk kumpulan
pekerja (para peserta) yang dilindungi selain wujudnya
elemen simpanan untuk persaraan. Pelan ini berasaskan
kiraan unit untuk penyertaan dan kosnya hanya RM10.00
seunit.
Sumbangan dibayar sehingga tempoh matang polisi.
Manfaat kematangan ialah jumlah sumbangan terkumpul
(bersih dari sebarang caj) di dalam Akaun Pelaburan
Peribadi (PIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Peribadi
(PRIA).
Apakah yang Dilindungi oleh
IKHLAS Comprehensive Group Takaful?
• Jumlah perlindungan akan dibayar kepada
waris atau keluarga terdekat peserta sekiranya
berlaku kematian biasa
• 2 kali jumlah perlindungan akan dibayar kepada waris atau keluarga terdekat
peserta sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan
• Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh (TPD) (disebabkan semua
sebab) kepada peserta, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 10 ansuran tahunan
samarata, bermula dari tarikh pengesahan TPD
|