|
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS   Workmen
Compensation Takaful?
IKHLAS WORKMEN’S COMPENSATION
TAKAFUL menggantirugi Peserta berkenaan
dengan liabiliti perundangan ke atasnya:-
| 1. |
Untuk membayar gantirugi di bawah Ordinan Pampasan
Pekerja kepada semua pekerja iaitu “orang
yang bekerja/pekerja” dan yang berkaitan
dengan kematian atau kecederaan yang diakibatkan
oleh kemalangan oleh penyakit-penyakit pekerjaan
yang terjadi semasa dalam tempoh bekerja. |
| 2. |
Di bawah
Perundangan Awam – jika pekerja
memilih untuk menuntut pampasan di mahkamah daripada
mengguna-pakai Ordinan Pampasan Pekerja, liabiliti
syarikat di bawah Perundangan Awam adalah tertakluk
kepada had minimum sebanyak RM1,000,000.00. |
PENGECUALIAN
| 1. |
Risiko-risiko peperangan dan perbalahan saudara. |
| 2. |
Liabiliti kepada para pekerja kontraktor-kontraktor
kepada Peserta. |
| 3. |
Mana-mana pekerja yang bukan “orang yang
bekerja/pekerja” dalam lingkungan maksud di
bawah Ordinan. |
| 4. |
Sebarang liabiliti berkontrak. |
| 5. |
Jumlah wang dimana peserta mempunyai hak untuk mendapatkannya dengan syarat perjanjian telah dibuat antara peserta dan pihak tersebut. |
| 6. |
Sebarang liabiliti ke
atas – pencemaran
radioaktiviti atau bahan-bahan senjata nuklear. |
|