Apakah yang dilindungi oleh
IKHLAS Personal Accident?
Kematian
Disebabkan oleh kemalangan, semata-mata dan bukan
oleh sebab-sebab lain, kecuali penyakit yang disebabkan
secara langsung dari rawatan atau rawatan pembedahan
yang dikira perlu bagi kecederaan tubuh badan,
dengan syarat kematian atau kehilangan upaya hayat
yang dilindungi adalah dalam tempoh 12 bulan daripada
tarikh berlaku kemalangan .
Kehilangan Upaya Kekal
Kehilangan Upaya Kekal adalah bermaksud kehilangan
upaya yang menghalang sama sekali peserta daripada
menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam
tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh
kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk
sembuh.
Kehilangan Upaya Menyeluruh Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang sama-sekali peserta
daripada menjalankan pekerjaan atau sebarang kerja.
Kehilangan Upaya Separa dan Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang peserta daripada
menjalankan sebahagian besar daripada urusan perniagaan
atau pekerjaanya tetapi tidak menyebabkan peserta
hilang upaya menyeluruh sementara.
Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran semula perbelanjaan perubatan sebenar
kerana rawatan kecederaan tubuh badan akibat kemalangan
sehingga jumlah yang ditetapkan.
Perbelanjaan Pengkebumian
Bergantung kepada jumlah yang dipohon akibat daripada
kematian akibat kemalangan.
Pengecualian Am
|