Pengenalan
IKHLAS NIAGA TAKAFUL direka untuk memberi perlindungan
komprehensif bukan sahaja kepada industri kecil sederhana
(SMI) dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan
sederhana (SME), termasuklah rumah kedai dan pejabat-pejabat,
peruncit dan pemborong juga klinik-klinik, hotel-hotel,
dan rumah-rumah tumpangan. Pelan yang unik ini menawarkan
flesksibiliti dan direka khusus untuk memberi perlindungan
berdasarkan keperluan spesifik pemilik-pemilik perniagaan
persendirian.
Apakah yang diltawarkan oleh IKHLAS
Niaga Takaful?
Ia memberi perlindungan yang luas dan manfaat-manfaat
yang direka untuk memberi perlindungan maksimum kepada
perniagan berlainan sektor.
IKHLAS OfficeNIAGA - for untuk pejabat-pejabat
dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang serupa.
IKHLAS RetailNIAGA - Untuk SMI dan SME, pemborong-pemborong
dan peruncit-peruncit, bengkel-bengkel dan kontraktor-kontraktor.
IKHLAS ComercialNIAGA - Untuk hotel-hotel, tempat
-tempat percutian dan rumah-rumah tetamu.
IKHLAS ClinicNIAGA - Untuk klinik-klinik/pusat pembedahan
doktor-doktor dan doktor-doktor gigi.
Ciri-ciri utama
KEBAKARAN DAN PERIL-PERIL BERKAITAN
Seksyen ini memberi perlindungan kepada bangunan (sekiranya dimiliki oleh anda
atau anda bertanggungjawab secara perundangan sebagai penyewa bagi perlindungan
insurans) dan isi kandungannya terhadap kerugian dan/atau kerosakan yang disebabkan
oleh kebakaran dan kilat.
Lain-lain peril tambahan adalah seperti banjir,
kerosakan impak oleh kenderaan di jalanraya, kerosakan
yang disebabkan oleh kapalterbang atau peralatan
antena atau item-item yang dijatuhkan daripada kapalterbang
atau peralatan antena dan sebagainya, juga boleh
dimasukkan dengan tambahan sumbangan.
PERIL-PERIL KOMPREHENSIF (SEMUA RISIKO)
Pelan ini melindungi kerugian dan kerosakan atau kemusnahan ke atas harta-benda
seperti peralatan pejabat, komputer-komputer peribadi dan peralatan elektronik
yang disewa-beli atau dipajak daripada sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian
atau lain-lain malapetaka yang tidak dikecualikan secara spesifik.
|
(PECAH MASUK RUMAH)
Memberi perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan stok dalam perdagangan, perabut,
hiasan yang terlekat dan peralatan di dalam lingkungan premis-premis yang dilindungi
daripada kecurian yang dilakukan dengan kemasukan ke dalam dan keluar daripada
premis secara kekerasan.
MONEY ( WANG)
Pelan ini melindungi kehilangan atau kemusnahan atau
kerosakan wang di dalam perpindahan (transit) di
dalam premis semasa dan selepas waktu bekerja dan
berada semalaman di dalam rumah. Selain daripada
itu pelan ini juga melindungi kerugian atau kerosakan
ke atas peti besi atau bilik kebal akibat daripada
kecurian atau cubaan mencuri atau merompak.
PLATE GLASS (Plat/Kepingan Kaca)
Pelan ini memberi perlindungan ke atas pemecahan
akibat kemalangan atau kerosakan kepada barangan
kaca yang telah dinyatakan.
PUBLIC LIABILITY (Liabiliti Awam)
Pelan Liabiliti Awam melindungi liabiliti yang sah
di sisi perundangan yang melibatkan kes-kes kecederaan
tubuh badan/penyakit dan/atau/kerugian atau kerosakan
kepada harta benda pihak ketiga akibat kemalangan
dan terjadi disebabkan oleh urusan perniagaan yang
berada di dalam had zon seperti ditetapkan di dalam
sijil.
EMPLOYERS LIABILITY (Liabiliti Majikan)
Ia memberi gantirugi kepada majikan terhadap perundangan
umum yang berkenaan dengan kecederaan tubuh badan
atau kecederaaan yang boleh membawa maut kepada
pekerja akibat kemalangan semasa mereka masih dalam
perkhidmatan .
GROUP PERSONAL ACCIDENT (Kemalangan Diri Berkumpulan)
Group Personal Accident takaful penting untuk melindungi
sekumpulan orang(di dalam kes ini para pekerja
anda) daripada kecederaan tubuh badan atau kematian
yang diakibatkan oleh kemalangan. Perlindungan
adalah untuk tempoh 24 jam, seluruh dunia.
Tambahkan lebih keistemewaan dan kelebihan kepada
pelan untuk melindungi perniagaan anda. Adalah berbaloi
untuk selalu bertindak secara proaktif terutaman
dalam menghadapai sesuatu kejadian yang tidak diduga.
Diskripsi mengenai perlindungan di atas hanyalah
merupakan keterangan ringkas untuk rujukan mendapatkan
rujukan yang cepat dan mudah. Keterangan lanjut mengenai
syarat-syarat yang digunakan terdapat di dalam dokumen
sijil.
|