Pengenalan
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki
semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum
digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan
insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya.
Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan,
syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan
paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan
pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi
yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans
yang berbeza.
Kami di Takaful IKHLAS, memahami keperluan anda.
Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau
melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan
kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk
meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses
tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga
adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda
juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya
24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh
yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik
bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.
IKHLAS MOTOR menawarkan dua jenis perlindungan motor
yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR
dan IKHLAS THIRD PARTY TAKAFUL.
Apakah yang dilindungi
oleh IKHLAS
Motor Takaful?
1. |
IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR |
| |
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya
berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan
anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi
kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga,
serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang
disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada
penggunaan kenderaan anda. |
| |
|
2. |
IKHLAS
THIRD PARTY MOTOR |
| |
Ia melindungi amaun yang sepatutnya ditanggung
oleh anda atau pemandu yang dibenarkan oleh anda
terhadap kematian, kecederaan, kerosakan harta pihak
ketiga yang berpunca daripada penggunaan kenderaan
anda. |
| |
|
3. |
FAEDAH PILIHAN |
| |
Faedah berikut boleh didapati dengan membuat
sumbangan tambahan:-
|
Mengapa memilih IKHLAS
Motor Takaful?
- Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan.
Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta
anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan
(penundaan percuma sehingga RM200).
- Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem AnggaranTuntutan Elektronik
yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam
tempoh 24 jam.
- E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan
dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk
pengeluaran cakera cukai jalan.
|