English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Am > Bukan Motor > IKHLAS   Money Takaful


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Money Plan?

Pada dasarnya terdapat 3 kategori utama di bawah sijil IKHLAS MONEY TAKAFUL:

a) WANG DALAM PERJALANAN
Pelan ini menggantirugi peserta di atas kehilangan wang semasa ia dipindahkan daripada premis peserta ke bank peserta atau arah sebaliknya dengan ditemani oleh para pekerja yang diberi kuasa melakukannya.

b) WANG DI DALAM PREMIS
Untuk menggantirugi peserta di atas kehilangan wang seperti oleh kemasukan ke premis secara paksaan dan kekerasan akibat daripada rompakan bersenjata atau rompakan dengan keganasan.

c) KEROSAKAN PADA PREMIS
Kerosakan pada peti besi atau bilik kebal peserta akibat daripada kemasukan secara paksaan dan keganasan atau cubaan melakukannya di tempat tersebut.

PENGECUALIAN

a) Kekurangan jumlah wang akibat kesalahan perakaunan.
b) Perlakuan tidak amanah para pekerja, rakan-kongsi atau peserta.
c) Pengecualian peperangan, SRCC, pemberontakan, revolusi dan
sebagainya.
d) Reaksi nuklear, radiasi nuklear atau pencemaran radioaktif.
e) Kerugian akibat penggunaan mana-mana kunci atau kunci
pendua, penyebab daripadanya, tidak kira sama ada kunci
tersebut milik peserta ataupun tidak.

   
     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251