Pengenalan
Insurans Marin sangat signifikan dalam perdagangan
maritim sejak 300 tahun lalu. Namun kebanyakan terminologi
asal yang lama kini mula hilang dengan pengenalan
polisi Marin Semua Risiko (MAR) pada 1.1.82. Perdagangan
maritim sebahagian besarnya merupakan perdagangan
luar negara dan kita mesti bersedia untuk mengintrepretasikan
kontrak penjualan, kontrak pengangkutan atau kontrak
Insurans Marin dengan cara lebih elastik berbanding
dengan perdagangan dalam negara.
Terma-Terma Jualan
Pelan di bawah menawarkan semakan sedia ada kepada
para pedagang, dan pembeli mengenai tanggungjawab
masing-masing bergantung kepada terma-terma jualan
di mana barangan dijual.
•"Ex Works"
Ex-works" bermakna
tanggungjawab penjual hanya untuk memastikan barangan
ada di premisnya ( contohnya
di tempat kerja atau kilang). Secara khususnya ia
tidak bertanggungjawab untuk memunggah barangan di
dalam kenderaan yang disediakan pembeli, kecuali
jika dipersetujui. Pembeli akan menanggung kos penuh
dan semua risiko terlibat dalam membawa barangan
dari tempat kerja/kilang ke destinasi yang dikehendaki.
Oleh itu item ini mewakili kewajipan minimum terhadap
penjual.
•"Free Carrier"
Terma
ini direka untuk memenuhi permintaan pengangkutan
moden, khususnya pengangkutan "multimodel" seperti
kontena atau trafik 'roll on -roll off' (roro - disorong
masuk dan disorong keluar) ke atas trailer atau feri.
Ini berdasarkan asas prinsipal utama seperti FOB
(Free On Board) kecuali penjual memenuhi tanggungjawab
bila ia menghantar barangan untuk simpanan kapal
pengangkut di tempat yang telah ditentukan.
Sekiranya tiada tempat yang dinyatakan semasa kontrak
jualan, pihak-pihak terbabit perlu dirujukkan tempat
di mana atau di mana pembawa perlu membawa barangan
di bawah tanggungjawabnya. Risiko kerugian atau kerosakan
barangan akan dipindahkan daripada penjual kepada
pembeli pada ketika itu dan bukan semasa kapal bergerak
di laluannya. "Pembawa" bermakna mana-mana
individu atau perseorangan di mana namanya ada dalam
kontrak sama ada melalui darat, keretapi ,udara,
laut atau mana-mana kombinasi tersebut. Apabila penjual
perlu melengkapkan bil muatan,bil jalanan, atau resit
pembawa. Beliau telah memenuhi syarat-syarat ini
dengan mempersembahkan dokumen-dokumen tersebut oleh
orang yang diberi kuasa.
•FOR/FOT
"FOR dan FOT" bermakna "Free on Rail" (Percuma
di landasan/laluan) dan "Free on Truck"(Percuma
di atas trak). Terma-terma ini adalah sinonim kerana
perkataan trak berkaitan dengan landasan gerabak/wagon.
Terma-terma ini hanya boleh digunakan bila barangan
dibawa dengan keretapi.
•"FOB Airport"
"Free On Board (FOB) AIRPORT" berdasarkan
prinsipal utama yang sama seperti terma-terma FOB
biasa. Penjual memenuhi kewajipan mereka untuk menghantar
barangan kepada pembawa di balai pelepasan lapangan
terbang. Risiko kerugian atau kerosakan terhadap
barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli
bila barangan telah dihantar.
•FAS
FAS bermaksud "Free Alongside Ship".(Percuma
Di dermaga Kapal) Di bawah terma-terma ini kewajipan
penjual telah dipenuhi bila barangan telah diletakkan
di dermaga kapal di atas jeti atau di dalam tongkang.
Ini bermakna pembeli perlu menanggung semua kos dan
risiko-risiko atau kerugian atau kerosakan kepada
barangan dari saat tersebut. Perlu diingat tidak
seperti FOB, terma ini memerlukan pembeli mendapatkan
kelulusan barangan untuk tujuan eksport.
•"FOB"
FOB (Free
On Board) bermakna "percuma semasa
dinaikkan ke atas kapal" Barangan ditempatkan
di atas kapal oleh penjual di pelabuhan penghantaran
yang dinyatakan di dalam kontrak jualan.Risiko kerugian
atau kerosakan ke atas barangan dipindahkan daripada
penjual kepada pembeli bila barangan telah melepasi
landasan/laluan kapal.
•C&F
C&F bermaksud "Cost & Freight".(Kos & Pengangkutan).
Penjual mesti membayar kos dan pengangkutan diperlukan
untuk membawa barangan ke destinasi yang dinyatakan,
tetapi risiko kerugian atau kerosakan ke atas barangan
dan juga sebarang kenaikan kos akan dipindahkan daripada
penjual kepada pembeli bila barangan melepasi laluan
kapal di pelabuhan penghantaran.
•CIF
CIF (Cost, Insurance
And Freight) bermaksud "Kos,
Insurans dan Pengangkutan" Terma-terma ini pada
asasnya adalah sama seperti C&F tetapi dengan
tambahan dimana penjual perlu membiayai kos insurans
/ takaful marin ke atas risiko kerugian atau kerosakan
ke atas barangan semasa dalam pengangkutan. Penjual
mempunyai kontrak dengan Insurer / operator takaful
dan perlu membayar sumbangan takaful / insurans.
•Kargo (Pengangkutan) Bayar Kepada
Seperti
C&F (Kargo atau pengangkutan dibayar
kepada" bermakna yang penjual membayar kargo
untuk pengangkutan barangan di destinasi yang dinyatakan.
Walau bagaimanapun, risiko kerugian atau kerosakan
ke atas barangan, juga sebarang kenaikan kos dipindahkan
daripada penjual kepada pembeli bila barangan telah
dihantar ke simpanan pengangkutan pertama dan bukan
di laluan kapal. Ianya boleh digunakan untuk semua
bentuk pengangkutan termasuk pengangkutan 'multimodel'
dan kontena atau trafik 'roll on-roll off' oleh treler
atau feri. Apabila penjual telah melengkapkan "bill
of lading", bil jalanan atau resit pembawa beliau
telah memenuhi syarat - syarat ini dengan dengan
mengeluarkan dokumen - dokumen tersebut kepada pihak
yang telah dikontrakkan untuk membawa barang ke destinasi
yang telah dinamakan.
•Kargo Dan Insurans Pengangkutan Bayar Kepada
Terma
ini adalah serupa seperti "Kargo atau
pengangkutan" ("Freight or Carriage")
dibayar kepada…" tetapi dengan tambahan
yang penjual perlu membiayai insurans pengangkutan
ke atas risiko kerugian atau kerosakan terhadap barangan
semasa dalam pengangkutan. Penjual mempunyai kontrak
dengan insurer / operator takaful dan perlu membayar
sumbangan takaful.
•Ex Ship
"Ex Ship" bermaksud
yang penjual perlu memastikan adanya barangan untuk
penjual semasa barangan
dinaikkan ke kapal di destinasi yang dinyatakan di
dalam kontrak jualan. Penjual perlu menanggung kos
penuh dan risiko yang terbabit semasa membawa barangan
ke sana.
•Ex Quay
"Ex Quay" bermaksud
yang penjual memastikan ada barangan untuk pembeli
di jeti(dermaga) di destinasi
yang dinyatakan di dalam kontrak jualan. Penjual
perlu menanggung kos penuh dan risiko yang timbul
semasa membawa barangan ke sana.
Terdapat dua kontrak "Ex Quay" yang digunakan,
iaitu "Ex Quay" (duti dibayar) dan "Ex
Quay" ( duti ke atas akaun pembeli) di mana
tanggungan untuk mendapatkan kelulusan barangan untuk
diimport yang sepatutnya diperolehi oleh penjual
perlu diuruskan dan dipenuhi oleh pembeli,.
Kedua-dua pihak disarankan untuk sentiasa menggunakan
keterangan penuh terma-terma ini, iaitu "Ex
Quay" (duti dibayar) atau "Ex Quay" (duti
ke atas akaun pembeli) jika tidak mungkin terdapat
ketidaktpastian mengenai siapa yang bertanggung jawab
untuk mendapatkan kelulusan terhadap barangan yang
hendak import.
•Delivered At Frontier (Dihantar Ke Sempadan)
Dihantar ke Sempadan bermaksud yang kewajipan penjual
telah dipenuhi bila barangan telah sampai ke sempadan-
tetapi sebelum melepasi sempadan kastam di negara
yang dinyatakan di dalam kontrak jualan. Tujuan utama
terma ini adalah untuk digunakan bagi barangan yang
dibawa menggunakan landasan keretapi atau jalanraya
tetapi juga boleh digunakan ke atas mana-mana mod
pengangkutan.
•Delivered Duty Paid (Dihantar Dengan Duti Dibayar)
"Dihantar Dengan Duti Dibayar"(Delivered
Duti Paid) bermaksud Jika kedua-dua pihak mahu pihak
penjual menguruskan urusan kelulusan untuk import
bermakna sebahagian kos dibayar semasa mengimport
barangan mesti dikecualikan- seperti tax nilai ditambah
(VAT) dan/atau lain-lain tax seumpamanya - in perlu
dijelaskan dengan menambahkan perkataan yang boleh
memberi makna yang sepatutnya ( contohnya termasuk
VAT dan/atau tax-tax).
Jenis Perlindungan Kargo Marin
Jenis-jenis perlindungan yang ada biasanya dirujukkan
seperti berikut:-
•T.L.O. (Total Loss Only) Kerugian Menyeluruh
Sahaja
Perlindungan kerugian menyeluruh ke atas kepentingan peserta yang disebabkan
oleh ancaman atau peril-peril . Disebabkan perlindungan terhad yang ditawarkan,
permintaan ke atas perlindungan tersebut pada hari ini jarang dibuat.
•F.P.A (Fre Of Particular Average)- Seperti Klausa-Klausa
Berkaitan Kargo
Polisi F.P.A Insurans Marin melindungi ancaman di laut yang menyebabkan:-
a) Kerugian menyeluruh (termasuk kerugian konstruktif menyeluruh) ke atas keseluruhan
kepentingan insured.
b) Kerugian menyeluruh ke atas mana-mana bungkusan atau bungkusan-bungkusan
berlaku semasa memunggah masuk, penghantaran atau memunggah keluar,
c) Kerugian sebahagian berlaku sekiranya vesel pengangkut tersadai, tenggelam
atau terbakar dan jika menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan, pelanggaran
atau vesel pengangkut bersentuh dengan sebarang unsur-unsur luar ( termasuk
ais) selain daripada air.
Polisi ini juga melindungi Averaj Am, Saman dan Caj-caj Buruh, Caj-caj khusus
dan Caj-caj Salvaj (menyelamat).
• W.A. ATAU W.P.A (With Average Or With Particular
Average) - (Dengan Averaj Atau Averaj Khusus) Seperti
Klausa-Klausa Berkaitan Kargo
Perbezaan utama di antara F.P.A dan W.A adalah yang terdahulu adalah mengecualikan
mana-mana kerugian bahagian - bahagian tertentu ( kecuali dalam keadaan-keadaan
tertentu) di mana yang selepasnya menawarkan perlindungan kerugian sebahagian.
Polisi W.A melindungi semua risiko yang dilindungi di bawah polisi F.P.A dan
memberi perlindungan tambahan ke atas Kerugian Sebahagian kepada kargo yang
disebabkan oleh peril-peril di laut, di mana peril yang biasa terjadi adalah
ke atas kerosakan disebabkan oleh air laut.
• W.A Plus T.P.N.D (W.A. With Theft, Pilferage
And Non Delivery) (W.A Dengan Kecurian, Pencopetan
Dan Tidak Diterima /Tidak Sampai)
Sebagai tambahan kepada perlindungan yang ditawarkan di bawah sijil asas W.A
, risiko-risiko seperti kecurian, mencuri (mencopet) dan barangan tidak sampai
juga termasuk di bawah perlindungan sijil. Perlu diingat bahawa untuk mana-mana
tuntutan berhubung kecurian dan pencopetan, notis perlu diberikan kepada pengunderait
atau kepada agen-agen yang dilantik dalam tempoh 10 hari sebelum tamat tempoh
risiko yang dilindungi.
•W.A, T.N.P.D Plus Other Extraneous Risks E.G.
Hooks, Oil, Mud, Sweat, Acid, Fresh Or Rainwater,
Contact With Other Cargo Etc (W.A, T.N.P.D Termasuk
Lain-Lain Risiko Berkaitan Seperti Tersangkut (Tersadai),
Minyak, Lumpur, Perpeluhan,Asid, Air Bersih Atau
Hujan, Berlanggar Dengan Lain-Lain Kargo Dan Sebagainya)
Sebagai tambahan kepada risiko-risiko yang ditawarkan di bawah 4 perkara di
atas lain-lain risiko berkaitan seperti tersangkut (tersadai), minyak, lumpur,
perpeluhan (kelembapan), asid, air bersih atau hujan, berlanggar dengan lain-lain
kargo dan sebagainya boleh dilindungi sekiranya diminta dengan membuat penambahan
bayaran premium.
•"All Risks - As Per Institute Cargo Clauses" (Semua
Risiko - Seperti Klausa-Klausa Berkaitan Kargo)
Polisi semua risiko melindungi semua risiko ke atas kerugian atau kerosakan
kepada perkara item, tidak termasuk kerugian, kerosakan dan perbelanjaan langsung
yang disebabkan oleh kelewatan atau salah laku yang disengajakan atau sifat
semulajadi perkara item yang diinsuranskan.
Polisi ini juga melindungi Averaj Am, Saman dan Caj-caj Buruh, Caj-caj khusus
dan Caj-caj Salvaj (menyelamat)
Perlindungan yang diberi di bawah Klausa-klausa
Berkaitan Kargo tidak kira sama ada ianya F.P.A.,
W.A. atau Semua Risiko, tidak termasuk risiko-risiko
peperangan, mogok dan kegemparan awam. Jadi untuk
membolehkan risiko-risiko ini dilindungi, sijil asas
hendaklah diperluaskan.
Risiko-risiko peperangan (seperti Klausa-klausa
Berkaitan Peperangan ) memberi perlindungan terhadap
risiko-risiko seperti penangkapan, rampasan, ditangkap,
ditahan atau dikurung dan akibat-akibat daripadanya
atau sebarang cubaan ke atas perkara-perkara tersebut
dan akibat daripada persengketaan atau peperangan
seperti operasi-operasi peperangan, sama ada akan
ada deklerasi peperangan dibuat atau tidak, peperangan
sivil, revolusi, keganasan, pemberontakan, atau timbul
perbalahan sivil daripadanya, anasir lanun, periuk
api, torpedo, bom, dan lain-lain cara peperangan
( tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan secara
langsung yang disebabkan oleh kelewatan, salah laku
disengajakan, kehilangan pasaran atau sebarang tuntutan
untuk perbelanjaan yang disebabkan oleh sesuatu kelewatan.
Perlindungan ke atas risiko peperangan adalah terhad
kepada tempoh selagi barangan berada di atas kapal
luar negara namun terdapat dua pengecualian seperti
berikut:-
a) Risiko ke atas periok api dan terpedo yang telah
terbiar, terapung atau timbul adalah dilindungi selagi
barangan berada di dalam kapal yang digunakan untuk
menghantar barangan keluar negara atau datang dari
luar negara menggunakan kapal luar negara di pelabuhan
di mana pemungahan masuk, penghantaran dan pemunggahan
keluar barangan dilakukan.
b) Risiko-riskio peperangan adalah dilindungi selama
15 hari semasa perpindahan dari pelabuhan perantara
, walaupun ketika barangan disimpan di daratan.
Risiko-risiko seperti mogok, rusuhan dan kegemparan
awam ( seperti klausa-klausa mogok, rusuhan dan kegemparan
awam) melindungi sebarang kerugian atau kerosakan
yang disebabkan oleh pemogok-pemogok, sekatan masuk
kerja atau orang-orang yang mengambil bahagian dalam
kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan awam dan
orang (atau orang-orang) berlaku kianat ( tetapi
tidak termasuk mana-mana kerugian atau kerosakan
langsung yang disebabkan oleh kelewatan, salah-laku
disengajakan atau keadaan semulajadi harta yang dilindungi,
ketiadaan, kekurangan atau keengganan buruh bekerja
kerana sebarang diskripsi atau sebagainya semasa
mana-mana mogok, sekatan kerja, kekacauan buruh,
rusuhan atau kegemparan awam, mana-mana tuntutan
ke atas perbelanjaan yang diakibatkan oleh kelewatan,
dan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh
risiko-risiko peperangan).
|
Semakan Klausa-Klausa Berkaitan Kargo Berbagai
langkah telah diambil untuk mencapai pendekatan lebih
langsung untuk mempermudah atau mengganti perkataan-perkataan
di mana mungkin, kerana penggunaan perkataan ketika
diuji masa, telah dikritik ramai, mereka yang dilindungi
menganggap terma- terma yang digunakan sebagai ketinggalan
zaman dan kuno. .Dengan mengambilkira kritikan-kritikan
tersebut klausa-klausa yang melibatkan Kargo A),
(B) dan (C) bertarikh 1.1.1982 dilihat mampu berdiri
sendiri di atas klausa masing-masing untuk dipakai
hanya dengan Borang-borang Sijil Baru Marin yang
akan bertindak sebagai saluran untuk menyatakan klausa-klausa.
Perlindungan yang diberi di bawah klausa-klausa
tertentu adalah seperti berikut:-
•Klausa -Klausa (A) Berkaitan Kargo
Risiko-risiko Yang Dilindungi
a) Semua risiko kerugian atau kerosakan ke atas
item (benda) yang dilindungi melainkan seperti yang
dikecualikan di bawah.
b) Averaj Am Dan Caj-caj Salvaj (menyelamat) melainkan
dari sebarang sebab seperti dikecualikan di bawah
c) Perlindungan ke atas bahagian-bahagian liabiliti
di dalam kontrak tambang muatan "Both To Be
Blame Collision Clause"( Kedua-duanya Disebabkan
Klausa Pelanggaran") seperti berkaitan dengan
kerugian yang boleh diperolehi semula seperti di
bawah.
Pengecualian
a) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang disebabkan
salahlaku yang disengajakan oleh orang yang dinsuranskan
(asured)
b) Kebocoran biasa, kehilangan isipadu biasa atau
kehausan atau kelusuhan biasa ke atas item (benda)
yang diinsuranskan.
c) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan secara sengaja
disebabkan oleh kekurangan atau ketidaksesuaian pembungkusan
atau penyediaan item (benda) yang diinsuranskan
d) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan
salah laku atau keadaan semulajadi item (benda)
e) kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan
secara langsung oleh kelewatan, walaupun kelewatan
disebabkan oleh risiko yang dilindungi,
f) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan timbul daripada
ketidaksolvenan (ketidakmampuan membayar) atau salahlaku
kewangan oleh pengurus-pengurus pemilik, penyewa-penyewa
atau pengendali-pengendali kapal.
g) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan
oleh penggunaan sebarang senjata peperangan perbelahan
atau pelakuran bahan atom atau nuklear atau lain-lain
tindakbalas nuklear atau pencemaran radio aktif
Ketidaklayakan
belayar vesel atau kapal, dan/atau ketidaksesuaian
kapal vesel dan/atau ketidaksesuaian
pengangkutan kontena kapal vesel atau lifvan untuk
membawa kargo dengan selamat dan peserta atau wakilnya
sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian
tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.
Pengunderait akan menepikan sebarang pelanggaran
ke atas waranti tersirat ke atas ketidaklayakan
dan ketidaksesuaian belayar kapal yang mengangkut
item yang dilindungi ke destinasinya melainkan
peserta atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan
atau ketidaksesuaian tersebut.
Peperangan, peperangan
sivil, revolusi, pemberontakan, perbalahan sivil
yang timbul akibat daripadanya atau
sebarang tindakan permusuhan atau pergeseran kuasa.
Penangkapan, penawanan, penahanan, atau pengawalan
(perlanunan diterima) dan akibat-akibat berkaitannya
atau sebarang cubaan ke atasnya.
Periuk api terbiar, torpedo, bom atau lain-lain
senjata perang yang terbiar atau rosak disebabkan
oleh penunjuk-penunjuk perasaan, sekatan bekerja
atau mereka yang mengambil bahagian dalam kekacauan
buruh, rusuhan atau kegemparan sivil.
Yang diakibatkan oleh rusuhan, sekatan bekerja,
kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan sivil/awam.
Disebabkan oleh pengganas atau seseorang bertindak
bermotifkan politik.
• Klausa-Klausa (B) Berkaitan Kargo
1. Risiko-risiko dilindungi melainkan seperti dikecualikan
di bawah:-
a) Kerugian atau kerosakan kepada item yang dilindungi
secara munasabahnya mengakibatkan kebakaran, peletupan,
vesel atau kapal yang sedang tersadai di pantai,
tenggelam atau terbalik atau gelinciran tanah semasa
penghantaran, pelanggaran atau penggeseran vesel
atau pengangkutan dengan lain-lain objek luaran selain
daripada air, kargo dikeluarkan akibat kecemasan
di pelabuhan, dan gempabumi, pergerakan gunung berapi
atau kilat.
b) Kerugian atau kerosakan kepada item yang dilindungi
disebabkan oleh Averaj Am dikorbankan, pembuangan
atau pembuangan ke dalam laut, dan kemasukan air
tasik atau sungai ke dalam vesel/kapal di mana terdapat
kontena pengangkutan lifvan atau tempat simpanan
barangan.
c) Kerugian menyeluruh ke atas mana-mana
kehilangan bungkusanyang dijatuhkan ke dalam laut
atau terjatuh
ketika pemunggahan masuk atau pemunggahan keluar
daripada vesel atau kapal.
2. Caj-caj Averaj Am dan Salvaj (Menyelamat) diselaras
atau ditentukan kepada kontrak tambang muatan kapal
dan/atau peraturan dan amalan yang dibuat untuk mengelakkan
atau berkaitan dengan mengelakkan kerugian dari mana-mana
sebab melainkan yang dikecualikan.
3. Indemiti (ganti-rugi) ke atas bahagian-bahagian
libiliti seumpama itu di bawah kontrak tambang-muatan
kapal klausa ""Both to Blame Collision" berkaitan
dengan kerugian boleh diperolehi semula dan yang
termasuk dibawahnya.
Pengecualian-pengecualian
(a) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang disebabkan
salahlaku yang disengajakan oleh orang yang dilindungi
(assured)
(b) Kebocoran biasa, kehilangan isipadu biasa atau
kehausan atau kelusuhan biasa ke atas item (benda)
yang dilindungi.
(c) kerugian kerosakan atau perbelanjaan secara
sengaja disebabkan oleh kekurangan atau ketidaksesuaian
pembungkusan atau penyediaan item (benda) yang dilindungi.
(d) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan
salah laku atau keadaan semulajadi item (benda) yang
dilindungi.
(e) kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan
secara langsung oleh kelewatan, walaupun kelewatan
disebabkan oleh risiko yang dilindungi,
(f) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan timbul
daripada ketidaksolvenan (ketidakmampuan membayar)
atau salahlaku kewangan oleh pengurus-pengurus pemilik,
penyewa-penyewa atau pengendali-pengendali kapal
(g) Kerosakan yang disengajakan kepada atau kemusnahan
yang disengajakan ke atas item yang dilindungi atau
ke atas mana-mana bahagian item disebabkan salah-laku
seseorang atau ramai orang.
(h) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan
oleh penggunaan sebarang senjata peperangan perbelahan
atau pelakuran bahan atom atau nuklear atau lain-lain
tindakbalas nuklear atau pencemaran radio aktif
4. Ketidaklayakan belayar vesel atau kapal, dan/atau
ketidaksesuaian kapal vesel dan/atau ketidaksesuaian
pengangkutan kontena kapal vesel atau lifvan untuk
membawa kargo dengan selamat dan peserta atau wakilnya
sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian
tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.
Pengunderait akan menepikan sebarang pelanggaran
ke atas waranti tersirat ke atas ketidaklayakan dan
ketidaksesuaian belayar kapal yang mengangkut item
yang dilindungi ke destinasinya melainkan peserta
atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau
ketidaksesuaian tersebut.
3 a) Peperangan, peperangan sivil, revolusi, pemberontakan,
perbalahan sivil yang timbul akibat daripadanya atau
sebarang tindakan permusuhan atau pergeseran kuasa.b)
Penangkapan, penawanan, penahanan, atau pengawalan
(perlanunan diterima) dan akibat-akibat berkaitannya
atau sebarang cubaan ke atasnya.
c) Periuk api terbiar,torpedo, bom atau lain-lain
senjata perang yang terbiar atau rosak.
4. a) disebabkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan,
sekatan bekerja atau mereka yang mengambil bahagian
dalam kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan sivil.
b) Yang diakibatkan oleh rusuhan, sekatan bekerja,
kekacauan buruh, rusuhan atau kegemparan awam.
c)
Disebabkan oleh pengganas atau seseorang bertindak
bermotifkan politik.
• KLAUSA-KLAUSA (C) BERKAITAN KARGO
Risiko-risiko dilindungi melainkan seperti dikecualikan
di bawah:-
1. Kerugian atau kerosakan kepada item yang dilindungi
secara munasabahnya mengakibatkan kebakaran, peletupan,
vesel atau kapal yang sedang tersadai di pantai,
tenggelam atau terbalik atau gelinciran tanah semasa
penghantaran, pelanggaran atau penggeseran vesel
atau pengangkutan dengan lain-lain objek luaran selain
daripada air, kargo dikeluarkan akibat kecemasan
di pelabuhan, dan gempabumi, pergerakan gunung berapi
atau kilat.
2. Caj-caj Averaj Am dan Salvaj (Menyelamat) diselaras
atau ditentukan kepada kontrak tambang muatan kapal
dan/atau peraturan dan amalan yang dibuat untuk mengelakkan
atau berkaitan dengan mengelakkan kerugian dari mana-mana
sebab melainkan yang dikecualikan.
3. Indemiti ke atas bahagian-bahagian libiliti seumpama
itu di bawah kontrak tambang-muatan kapal klausa ""Both
to Blame Collision" (Kedua-duanya akibat pelanggaran)
berkaitan dengan kerugian boleh diperolehi semula
dan yang termasuk di bawahnya.
Pengecualian-pengecualian
1.(a) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang
disebabkan salahlaku yang disengajakan oleh orang
yang dilindungi (asured)
(b) Kebocoran biasa, kehilangan isipadu biasa atau
kehausan atau kelusuhan biasa ke atas item (benda)
yang dilindungi.
(c) kerugian kerosakan atau perbelanjaan secara
sengaja disebabkan oleh
kekurangan atau ketidaksesuaian pembungkusan atau
penyediaan item
(benda) yang dilindungi.
( d) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan
salah laku atau keadaan semulajadi item (benda) yang
dilindungi.
(e) kerugian kerosakan atau perbelanjaan yang diakibatkan
secara langsung oleh kelewatan, walau kelewatan disebabkan
oleh risiko yang dilindungi,
(f) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan timbul
daripada ketidaksolvenan (ketidakmampuan membayar)
atau salahlaku kewangan oleh pengurus-pengurus pemilik,
penyewa-penyewa atau pengendali-pengendali kapal.
(g) Kerosakan yang disengajakan kepada atau kemusnahan
yang disengajakan ke atas item yang dilindungi atau
ke atas mana-mana bahagian item disebabkan salah-laku
seseorang atau ramai orang.
(h) Kerugian kerosakan atau perbelanjaan disebabkan
oleh penggunaan sebarang senjata peperangan perbelahan
atau pelakuran bahan atom atau nuklear atau lain-lain
tindakbalas nuklear atau pencemaran radio aktif
2. Ketidaklayakan belayar vesel atau kapal, dan/atau
ketidaksesuaian kapal vesel dan/atau ketidaksesuaian
pengangkutan kontena kapal vesel atau lifvan untuk
membawa kargo dengan selamat dan peserta atau wakilnya
sedar mengenai ketidaklayakan atau ketidaksesuaian
tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.
Penangung risiko / syarikat akan menepikan sebarang
pelanggaran ke atas waranti tersirat ke atas ketidaklayakan
dan ketidaksesuaian belayar kapal yang mengangkut
item yang dilindungi ke destinasinya melainkan peserta
atau wakilnya sedar mengenai ketidaklayakan atau
ketidaksesuaian tersebut.
3 (a) Peperangan, peperangan sivil, revolusi, pemberontakan,
perbalahan sivil
yang timbul akibat daripadanya atau sebarang tindakan
permusuhan atau
pergeseran kuasa.
(b) Ditangkap, ditawan, ditahan, dikurung atau dikawal
(perlanunan diterima)
dan akibat-akibat berkaitannya atau sebarang cubaan
ke atasnya.
(c) Periuk api terbiar, torpedo, bom atau lain-lain
senjata perang yang terbiar atau rosak.
4. (a) Disebabkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan,
sekatan bekerja atau
mereka yang mengambil bahagian dalam kekacauan buruh,
rusuhan atau
kegemparan sivil.
(b) Yang diakibatkan oleh rusuhan, sekatan bekerja,
kekacauan buruh,
rusuhan atau kegemparan awam.
(c) Disebabkan oleh pengganas atau seseorang bertindak
bermotifkan politik.
|