Pengenalan
Sijil 'Standard Machinery Breakdown' Takaful membayar
gantirugi berikutan dari kerosakan tidak diduga dan
kerosakan mengejut ke atas peralatan jentera para
peserta ketika sedang beroperasi, semasa direhatkan,
semasa pembersihan, pemeriksaan , pembaikpulihan
atau pemindahan ke lain-lain lokasi di dalam premis.
Kerosakan tidak diduga dan kerosakan mengejut termasuk
juga kerosakan kepada peralatan jentera peserta disebabkan
oleh:-
• Kerosakan bahan, rekabentuk, pembinaan dan
pemasangan. •
Getaran,
ketidaksesuaian, ketidaksejajaran. • Kerosakan
pelinciran, kelonggaran alat ganti, tekanan luarbiasa,
kelemahan molekul, pembahangan
sendiri dan tekanan emparan.
• Tekanan elektrik yang berlebihan sama ada
disebabkan oleh atmosfera elektrik atau sebaliknya
• Kegagalan penebat, litar pintas, litar terbuka
atau cas elektrik diantara mesin.
• Kegagalan mesin penyambungan atau peralatan
kawalan.
• Kurang kemahiran, kecuaian atau perbuatan
kianat seseorang samada digaji oleh peserta atau
tidak.
• Kerosakan disebabkan terjatuh, pukulan kuat,
pelanggaran dan kerosakan seumpamanya
• Petir dan ribut, halangan atau kerosakan
yang disebabkan oleh sumber-sumber luar.
Oleh itu, perlindungan utama bagi takaful ini ialah
kerosakan elektrik dan mekanikal dan kerosakan akibat
kemalangan yang disebabkan unsur-unsur luar.
Pengecualian
Pengecualian prinsipal adalah:-
• Kebakaran, kilat, letupan (selain daripada
gangguan turbin, pengubah transformer suis gear dan
sebagainya) kecurian,runtuhan bangunan, pemendapan,
kerosakan yang diakibatkan oleh air ( selain daripada
petir dan taufan), banjir, gempa bumi , rusuhan dan
mogok.
• Bahan buangan atau seumpamanya atau mana-mana
bahagian mesin yang menjadi lusuh akibat penggunaan
biasa dalam melakukan kerja-kerja atau lain-lain kerosakan
yang berlaku secara perlahan - lahan.
• Bahagian-bahagian dan peralatan-peralatan yang
boleh ditukar-ganti, rantai ,' belt" tali, 'conveyor
bands' penyambung dan bahan pembungkus dan alat-ganti
yang bukan dibuat daripada besi ( selain daipada alat
penebat kawalan elektrik ).
|
Mesin-mesin Yang Boleh Dilindungi
Dandang (boiler) dan 'Pressure vessel' berkaitan,
peralatan bantuan seperti kawalan dandang, alat pelepasan
minyak (oil firing equipment) kipas dan pengembus
dan pam pengisi (feed pumps).
Peralatan Elektrik termasuk alat pengulang-alik
(alternators) dan janakuasa (generator), motor-motor,
pengubah arah (rectifiers) suis- gear dan pengubah
(transformer)
Peralatan mengangkat/angkut termasuk semua jenis
kren (seperti mesin derik (derrick), penyangga tiang
(cantilever), mesin 'goliath', portal dan 'overhead
traveling', konveyor dan 'lift'.
Loji Mekanikal termasuk enjin-enjin turbin ( wap,
air dan gas) penghembus (blowers) kompresor, pam-pam,
peralatan mesin, peralatan menekan/merata dan pembekuan.
Mesin-mesin memproses dalam kebanyakan industri
termasuk, simpanan dingin, industri kejuruteraan
dan besi, pembuatan kertas/palpa, pencetakan, getah/plastik
dan tekstil, makanan, minuman dan produk-produk pertanian.
Ternyata semua kilang yang dikehendaki tidak dapat
dinyatakan kesemuanya tetapi adalah adil untuk mengatakan
bahawa kilang yang tidak mempunyai faktor risiko
yang tinggi atau yang tidak mudah lusuh menerusi
penggunaan yang terlalu kerap adalah `lebih diinginkan.
|