English Bahasa Melayu
Homepage | Hubungi Kami | Carian | Peta Laman | Pautan
Kata Kunci:
 
 
Anda berada di: Homepage > Takaful Am > Bukan Motor > IKHLAS   Houseowner/Householder

 

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Houseowner/Householder?

IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-

  • Kebakaran
  • Kilat
  • Letupan
  • Kerosakan Pesawat Udara
  • Kerosakan Impak
  • tangki air pecah atau melimpah
  • Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
  • Hurikan, siklon, taufan, ribut
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  • Banjir
  • Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
  • Tanggungan Awam Peribadi

Nota : Item 8,9 & 10 di atas tidak termasuk 1% daripada jumlah perlindungan ke atas bangunan atau RM200 pertama untuk setiap dan semua kerugian mana-mana yang kurang.

Sijil Ikhlas Houseowner

Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas.

Sijil Ikhlas Householder

Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.

Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:

  • Pemecahan cermin ( selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
  • Pampasan ke atas kematian peserta
  • Hartamilik pembantu rumah

Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan

  • Rusuhan, mogok dak kerosakan akibat perbuatan khianat
  • Perlindungan sewa tambahan
  • Tanggungan Awam - had-had tambahan
  • Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan
    dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan
    rumah sahaja)


   
     

WEBSE Design Solution by WEBSEAsia Halal eMarketplace, Halal Trade Portal, halal Business DirectoryHakcipta © 2009 Takaful Ikhlas Sdn Bhd | Terma & Syarat Penggunaan | Nota Pengecualian | Polisi
Ahli kumpulan MNRB Group.


ISO 9001:2000 Certificate:SG07/1251