Pengenalan
Akta Pampasan 1952 (dipinda Ogos 1996) Seksyen
26(2), ianya adalah mandatori bagi setiap majikan
untuk melindungi semua pekerja asing mereka dengan
skim insurans / takaful yang dikenali sebagai Skim
Perlindungan Pekerja Asing yang telah disahkan. Jika
gagal untuk menyediakan perlindungan skim insurans/takaful,
majikan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi
RM20,000.00 atau penjara untuk jangka masa yang tidak
melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Takaful IKHLAS merupakan panel bagi syarikat-syarikat yang diluluskan
oleh Kementerian Sumber Manusia untuk
menyediakan perlindungan bagi skim tersebut.
Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS
FWCS?
IKHLAS FWCS menyediakan manfaat berikut kepada pekerja
asing:-
Seksyen 1 - Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya
Kekal
Manfaat seperti yang disediakan di bawah Akta Pampasan
Pekerja 1952:-
Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya
Kekal sehingga RM25,000.00 disebabkan oleh kemalangan
ketika waktu
bekerja.
Seksyen 2 - Perbelanjaan Penghantaran Balik
Perbelanjaan Penghantaran Balik sehingga RM4,800.00
merangkumi kos penghantaran balik pekerja asing
ke negara asal disebabkan Kematian atau Kehilangan
Upaya Kekal.
Seksyen 3 - Kemalangan Peribadi (di luar waktu bekerja)
a. Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga
RM23,000.00.
b. Kehilangan Upaya Separa Kekal - mengikut jadual
Hilang Upaya Kekal di bawah Jadual Pertama Akta.
c. Hilang Upaya Sementara.
d. Perbelanjaan Perubatan.
|
Mengapa IKHLAS
FWCS?
a. Kadar Sumbangan Tahunan - Kadar sumbangan tahunan
sebanyak RM72.00 (sebelum Cukai Perkhidmatan dan
Duti Setem) dikenakan di bawah FWCS, bagi setiap
pekerja asing yang diluluskan oleh Kementerian Sumber
Manusia. (Berdasarkan penjelasan sumbangan tunai
sebelum perlindungan)
b. Penerimaan Automatik - Untuk semua permohonan.
c. Satu Duti Setem - Sekumpulan pekerja asing dengan
tarikh kemasukan ke negara dan tempoh permit yang
sama boleh dilindungi di dalam satu sijil IKHLAS
FWCS Berkumpulan dengan hanya satu duti setem sahaja.
d. Kad Pengenalan - Kad pengenalan akan dikeluarkan
bagi setiap pekerja asing yang dilindungi di bawah
skim IKHLAS FWCS.
e. "Memudahkan urusan perniagaan" - IKHLAS
FWCS boleh diperolehi dengan mudah secara terus di
Takaful IKHLAS atau melalui mana-mana Ejen Takaful
Am kami yang berdaftar serta pengantara yang sah.
|